Auto Added by WPeMatico

![]()
KEMAMAN – Pemandu lori berusia 47 tahun yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan seorang juruteknik di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran Hentian Kijal pada kelmarin direman tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan.
Perintah reman tersebut dibenarkan Majistret Marsha Abdul Malik di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata,
sebelum ini, suspek yang berasal dari Permaisuri, Setiu telah dibenarkan keluar wad kelmarin setelah menjalani rawatan di Hospital Kemaman di sini.
“Ujian urin mendapati dia negatif pengaruh dadah malah tidak memiliki rekod jenayah lampau.
“Suspek sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya di sini hari ini.
Kosmo! hari ini melaporkan nahas berlaku pasa pukul 6 petang tersebut melibatkan lori dipandu suspek, kenderaan pikap, Mitsubishi Triton dinaiki mangsa, Rosli Yusuf, 54, dan dua anak perempuan serta sebuah kenderaan utiliti sukan, Proton X50.
Nahas berlaku setelah lori terlibat dikatakan hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh kenderaan dinaiki Rosli dan anak-anaknya.
Dua kenderaan terbabit kemudiannya terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum dirempuh kenderaan Proton X50. – KOSMO! ONLINE
The post Nahas maut LPT2: Pemandu lori direman tiga hari appeared first on Kosmo Digital.
