Auto Added by WPeMatico

![]()
SEBERANG PERAI – Seorang lelaki etnik Rohingya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jawi, di sini hari ini atas dua pertuduhan membunuh dan mencederakan sepasang suami isteri pada penghujung Mei lalu.
Tertuduh, Osman Bawdi Alom, 38, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nurul Aina Ahmad.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa membunuh seorang lelaki warga negara sama berusia 31, di sebuah rumah di Taman Belibis, dalam daerah Seberang Perai Selatan, antara pukul 2.50 petang hingga 2.54 petang, pada 31 Mei lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala bagi pertuduhan kedua, dia mengaku tidak bersalah atas dakwaan mencederakan isteri mangsa yang 26 tahun dengan menggunakan sebilah pisau di lokasi dan waktu yang sama.
Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Airina Syazreen Zainurin manakala tertuduh diwakili peguam, G. Sathiash dengan Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan dan menetapkan 7 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia dan laporan bedah siasat. -KOSMO! ONLINE
The post Osman dituduh bunuh, cederakan pasangan suami isteri appeared first on Kosmo Digital.
