
BENTONG – Sebuah bas persiaran yang dipercayai gagal dikawal merempuh dua buah kenderaan termasuk sebuah kereta dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 17 jalan turun Genting Highlands, di sini hari ini.
Akibat kejadian kereta jenis Perodua Myvi dan MPV jenis Toyota Innova itu terbabas ke bahu jalan, manakala pemandu Perodua Myvi mengalami kecederaan ringan.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu bas berkenaan dinaiki 22 orang termasuk 20 warga Vietnam yang dalam perjalanan dari Genting Hinghlands menuju ke Batu Cave di Selangor.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Razam Taja Ibrahim berkata, bomba yang tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 5.55 petang mendapati kesemua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan terbabas di bahu jalan.
“Pasukan bomba bertindak memastikan tiada mangsa yang tersepit. Mangsa pemandu Perodua Myvi cedera ringan dan telah dihantar ke Klinik Genting di sini,” katanya di sini, hari ini.
The post Bas persiaran bawa 20 warga Vietnam rempuh dua kenderaan di Genting Highlands appeared first on Kosmo Digital.