Auto Added by WPeMatico

![]()
MANILA – Sebutir bom buatan sendiri meletup berhampiran pintu masuk bangunan Kementerian Kehakiman Filipina di Manila awal pagi tadi, beberapa jam sebelum sebutir bom lain yang tidak meletup ditemukan berhampiran Dewan Senat.
Letupan sejurus selepas tengah malam itu tidak mengakibatkan kemalangan jiwa, manakala bom kedua ditemukan beberapa jam sebelum Presiden Ferdinand Marcos dijadualkan menyampaikan ucapan tahunan negara.
Ketua polis Filipina, Jose Melencio Nartatez Jr memberitahu pemberita hari ini bahawa terdapat ‘kemungkinan besar kedua-dua insiden itu berkaitan’.
Belum dapat dipastikan sejauh mana besar letupan tengah malam itu.
“Kami masih menyiasat, jadi kami tidak boleh memberikan anda butiran tentang betapa besar atau kecil letupan yang berlaku,” kata jurucakap polis Manila, Philipp Ines kepada AFP.
Ucapan Marcos hari ini dibuat pada masa ketegangan politik di Filipina memuncak, dengan Naib Presiden Sara Duterte berdepan usul pemecatan, sementara pengundi juga digemparkan oleh skandal rasuah yang dikaitkan dengan projek kawalan banjir palsu. – AFP
The post Bom meletup sebelum Presiden Filipina berucap appeared first on Kosmo Digital.
