
PETALING JAYA – “Maaf ya, sebab nak tolong Melayu lah hutang wajib dibayar,” itu tegas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.
Beliau menegaskan perkara itu kepada penghutang di bawah Mara, susulan mesej-mesej peribadi diterima berhubung tindakannya yang dikatakan ‘keras’.
“Ada terima mesej personal kenapa saya keras sangat kepada penghutang Mara, tiga bulan tak bayar dapat notis, kata nak tolong Melayu.
“Ramai lagi anak bangsa perlu dibantu,” katanya pada hantaran Facebook, hari ini.
Ketegasan beliau turut mendapat maklum balas baik daripada orang ramai supaya penghutang-penghutang tersebut tidak culas membayar hutang dengan Mara.
“Setuju. Dah lama dibiarkan. Bila nak kuat kuasa undang-undang kata kejam pula. Maklumlah dah selesa. Lepas tu buat-buat hairan kenapa Mara tak boleh bagi pinjaman macam dulu,” komen pengguna Facebook Nor Shazwani Shamshudin.
“Ramai tak ambil kisah bab hutang. Sanggup hutang kereta bayar berganda-ganda daripada bayar hutang pelajaran yang tak seberapa,” komen Rofiah Fiyah.
“Sangat setuju, Mara ini diwujudkan bagi membantu anak melayu. Tapi Melayu sendiri tak nak bantu anak bangsa dia sendiri. Sangat bersetuju jika Datuk Asyraf Wajdi bertegas kepada peminjam Mara,” kata CikIta Haji Dalimin. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Sebab nak tolong Melayu lah, hutang wajib dibayar’ appeared first on Kosmo Digital.