Auto Added by WPeMatico

![]()
MELAKA – Lelaki yang tular rakamannya membelasah dan melanggar kepala isterinya dengan motosikal di Kota Shahbandar, di sini, baru-baru ini direman empat hari bermula hari ini.
Perintah reman sehingga 23 Mac itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Uthman Abd. Ghani terhadap suspek berusia 22 tahun.
Permohonan reman dibuat Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Sarjan Siti Norhayati Zainan.
Ia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan dan Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
Kosmo! semalam melaporkan lelaki yang tular rakamannya membelasah dan melanggar kepala isterinya dengan motosikal di Kota Shahbandar, di sini, berjaya diberkas pagi semalam.
Suspek yang bekerja sebagai penghantar barang itu ditahan kira-kira pukul 11 pagi di sebuah rumah di Taman Seri Kemendor, Jasin.
Terdahulu, sejak Isnin lalu, tular klip video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) berdurasi lebih satu minit memaparkan suspek menampar, menarik rambut serta melanggar kepala mangsa dengan motosikal ketika wanita itu berada dalam keadaan terbaring.
Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan tisu lembut di bahagian kepala dan pipi kanan sebelum dibawa ambulans ke Zon Merah Hospital Melaka pada pukul 4.41 pagi. Selepas menerima rawatan, mangsa dibawa pulang ke rumah oleh ibunya di Tanjung Minyak Perdana sebelum membuat laporan polis. – KOSMO! ONLINE
The post Lelaki belasah, langgar kepala isteri hamil direman 4 hari appeared first on Kosmo Digital.
