Auto Added by WPeMatico

![]()
JEMPOL – Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang wanita yang gagal dihubungi keluarganya selepas keluar mencari kerja, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Norhisham Mustapar berkata, wanita berkenaan, dikenali sebagai Norizan Yahya, 51, kali terakhir berhubung dengan kakaknya pada pukul 4.44 petang menyatakan berada di Seremban untuk mencari kerja, sebelum tidak dapat dihubungi.
“Namun, pada 7.30 pagi sebelum kehilangan, Norizan sempat bertemu kakaknya untuk memaklumkan keluar bersenam di Taman Tasik Bahau.
“Norizan memiliki ketinggian 150 sentimeter dan berat sekitar 70 kilogram. Dia memakai baju blaus warna ungu, seluar hitam, bertudung hijau muda serta membawa bag berwarna coklat ‘Eco Shop’,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta segera menghubungi Balai Polis Bahau di talian 06-4541222 atau Ketua Balai Polis Bahau, Inspektor Annas Fikri Othman di talian 013-6219196. – KOSMO! ONLINE
The post Norizan hilang ketika mencari kerja appeared first on Kosmo Digital.

