Auto Added by WPeMatico

![]()
TAPAH – Rakaman kamera pengawasan hidupan liar Perhilitan berjaya mengesan imej pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang di Gunung Batu Putih di sini sejak Sabtu minggu lalu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, dua anggota Team Pelindung (Perhilitan) bersama dua pegawai Jabatan Perhutanan telah dibawa menaiki pesawat AW139 ke Puncak Gunung Batu Putih untuk mengambil cip (kad SD) kamera pengawasan hidupan liar di sekitar Gunung Batu Putih.
“Hasil penelitian kandungan cip tersebut mendapati terdapat rakaman imej rakaman imej mangsa (Jaslinda) telah melintasi Kamera 1 pada pukul 11.22 pagi bertarikh 24 Mei lalu.
“Terdapat juga rakaman imej lapan anggota STORM dan seorang malim gunung melintasi Kamera 1 pada pukul 5.15 petang pada 25 Mei 2026,” katanya di sini hari ini.
Katanya, tiada sebarang imej mangsa berpatah balik melintasi Kamera 1 tersebut.
“Bagi Kamera 2 tiada sebarang rakaman imej mangsa atau pasukan penyelamat melintasi Kamera 2 yang menuju Gunung Batu Bujang pada 24 dan 25 Mei,” ujarnya.
Tambah beliau, terdapat dua simpang jalan selepas Kamera 1 iaitu laluan ke Kem Sukaneka, laluan ke titik air (water point).
“Laluan ke titik air telah dihalang dengan laluan kayu bagi menandakan ia bukan trek laluan.
“Rakaman Kamera 1 dapat menyokong hujah bahawa mangsa memang bergerak mengikut laluan ke Kem Sukaneka seperti mana penemuan jejak tapak kasut dan botol air yang ditemui oleh pasukan penyelamat dari awal pencarian bermula,” katanya.
Jelasnya, seorang anggota bomba mengalami kecederaan pada paha, lutut dan buku lali ketika menjalankan operasi pencarian yang bermula semalam di kawasan dari Kem Kantoi hingga ke alur air Sungai Ayer Busok.
“Mereka turut menyusuri sungai tersebut sejauh satu kilometer, namun tidak menemukan sebarang tanda mangsa memasuki kawasan itu.” – KOSMO! ONLINE
The post Imej Jaslinda dikesan kamera hidupan liar Perhilitan appeared first on Kosmo Digital.
