Auto Added by WPeMatico

![]()
RAWANG – Seorang lelaki warga India berdepan detik cemas apabila dilaporkan sesat di kawasan Air Terjun Kanching, di sini semalam.
Mangsa bagaimanapun ditemui selamat selepas hampir lapan jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan malam tadi.
Difahamkan, mangsa berada di kawasan tersebut untuk melakukan aktiviti rekreasi sebelum dipercayai tersasar dari laluan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 2.37 petang dan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi.
“Komander operasi memaklumkan mangsa dipercayai sesat di kawasan air terjun dan gagal dihubungi sebelum operasi pencarian dilaksanakan.
“Mangsa akhirnya berjaya ditemui oleh anggota bomba pada pukul 10.30 malam dalam keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, mangsa kemudian dibawa turut dari kawasan air terjun sebelum operasi ditamatkan. – KOSMO! ONLINE
The post 8 jam sesat di Air Terjun Kanching appeared first on Kosmo Digital.
