Auto Added by WPeMatico
50 individu cari Jaslinda pagi ini

![]()
TAPAH – Operasi SAR menjejaki pendaki wanita tabah, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang di Gunung Batu Putih di sini sejak Sabtu minggu lalu dteruskan dengan kekuatan 50 orang individu termasuk malim gunung diteruskan pagi ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, setakat pukul 9.01 pagi tadi, operasi itu melibatkan enam anggota Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) JBPM, dua Team Pelindung (Perhilitan), lima anggota Jabatan Perhutanan dan tiga malim gunung.
“Kesemua mereka akan dihantar masuk melalui pesawat AW139 ke puncak Gunung Batu Putih dan titik pengangkatan udara baharu (winching point) terbaharu iaitu Kem Kantoi.
“Team Pelindung bersama pasukan penyelamat akan pergi mengambil cip kamera pengawasan di sekitar lokasi laluan bagi memantau sekiranya mangsa dapat dikesan melalui laluan kamera pengawasan tersebut,” katanya di sini hari ini.
Katanya, jumlah keanggotaan pasukan penyelamat terkini yang dihantar setakat hari ini ialah seramai 16 orang.
Ujarnya, pasukan sedia ada yang berada di lokasi pencarian (pasukan semalam) berjumlah 24 orang menjadikan jumlah keseluruhan seramai 50 orang hari ini.
Jaslinda dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi pendakian Trans Spencer Chapman di Gunung Batu Putih bersama 13 rakan pendaki lain serta dua malim gunung. – KOSMO! ONLINE
The post 50 individu cari Jaslinda pagi ini appeared first on Kosmo Digital.
