Auto Added by WPeMatico

![]()
JAKARTA – Kerajaan Indonesia menetapkan 1 Syawal jatuh esok selepas melakukan proses cerapan anak bulan walaupun berjuta-juta umat Islam yang mengikut ajaran Muhammadiyah telah beraya sehari lebih awal, lapor portal berita Jakarta Globe.
Keputusan itu diumumkan selepas pasukan dari Kementerian Hal Ehwal Agama menjalankan pencerapan anak bulan atau hilal semalam.
Pasukan itu membuat kesimpulan bahawa kriteria penglihatan anak bulan yang diperlukan untuk menandakan permulaan Syawal belum dipenuhi.
“1 Syawal bersamaan 1447 Hijriah jatuh pada Sabtu (esok) mengikut kalendar Gregorian,” kata seorang ahli pasukan pencerapan, Cecep Nurwendaya kepada pemberita di Jakarta.
Beliau menjelaskan bahawa Indonesia menggunakan dua parameter utama untuk menetapkan 1 Syawal iaitu ketinggian minimum anak bulan serta jarak antara bulan dan matahari. Kedua-dua syarat mesti dipenuhi serentak.
Perbezaan dalam tarikh Hari Raya Aidilfitri sudah menjadi kebiasaan di Indonesia, dengan pelbagai organisasi Islam menggunakan kaedah yang berbeza.
Pemerintah berulang kali menggesa orang ramai untuk menghormati perbezaan ini dan mengekalkan keharmonian antara agama serta perpaduan sepanjang tempoh percutian. – AGENSI
The post Indonesia sambut 1 Syawal esok appeared first on Kosmo Digital.

