Auto Added by WPeMatico
22 individu disiasat sebar berita palsu krisis tenaga global

![]()
PETALING JAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) membuka sebanyak 36 kertas siasatan berkaitan penyebaran berita palsu di media sosial dan media digital, melibatkan krisis tenaga global.
Menurut MCMC, seramai 22 individu dari pelbagai lokasi di seluruh negara telah dipanggil untuk rakaman percakapan bagi membantu siasatan.
“Sebanyak enam kertas siasatan telah dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya bagi penelitian dan tindakan selanjutnya.
“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588),” katanya dalam kenyataan hari ini.
MCMC menegaskan, pihaknya memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial dan media digital yang bertujuan untuk mengelirukan orang ramai dengan penyebaran maklumat palsu.
Tambahnya, tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang sedia ada. – KOSMO! ONLINE
The post 22 individu disiasat sebar berita palsu krisis tenaga global appeared first on Kosmo Digital.
