Auto Added by WPeMatico


PUTRAJAYA- Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar menyifatkan mahu berehat seketika dan akan menunaikan umrah di Tanah Suci pada Jumaat ini.
Katanya, ketika ini, beliau tidak mempunyai sebarang perancangan dan mahu berehat seketika terlebih dahulu.
“Saya mahu berehat dahulu, saya akan pergi menunaikan umrah pada 19 Disember ini,” katanya ringkas kepada pemberita selepas menyantuni warga kerja di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) buat kali terakhir hari ini.
Terdahulu, Mohd. Na’im tiba di Kompleks Islam Putrajaya pada pukul 8.20 pagi dan disambut warga kerja Jakim termasuk Setiausaha Politik, Dr. Muhamad Razak Idris.
Semalam, Mohd. Na’im digugurkan daripada senarai Kabinet baharu Kerajaan Perpaduan yang mana portfolio itu digantikan dengan timbalannya, Dr. Zulkifli Hasan yang dinaikkan jawatan penuh.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, turut digugurkan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa dan Timbalan Menteri Perpaduan, Saraswathy Kamdasamy.
Zaliha digantikan oleh Hannah Yeoh yang sebelum ini memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Saya mahu berehat dulu, tunai umrah pada Jumaat’ appeared first on Kosmo Digital.