
JAKARTA – Seorang lelaki terkejut apabila dikenakan bayaran 29,140 rupiah (RM7.60) bagi lagu atau muzik selepas menikmati makanan di sebuah restoran di Indonesia, lapor portal berita Lambe Turah.
Imej dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @anthonysteven.id menunjukkan resit pembayaran berjumlah 742,940 rupiah (RM194) termasuk cukai.
Berdasarkan resit tersebut, lelaki itu memesan enam hidangan termasuk cendol durian sebagai pemanis mulut.
Dia bagaimanapun tidak menyangka bahawa resit itu termasuk harga pemasangan lagu.
Hantaran itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Kalau datang restoran sambil tutup telinga kena bayar tak?” kata seorang netizen.
“Lagu pun kena bayar?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
The post “Lagu di restoran pun kena bayar?” appeared first on Kosmo Digital.