Auto Added by WPeMatico

![]()
KOTA TINGGI – Polis membuka siasatan susulan video tular di laman sosial yang memaparkan pergaduhan serta insiden fizikal melibatkan seorang lelaki dan wanita di Felda Kledang, Gugusan Adela.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, video terbabit dikesan oleh pihak berkuasa sekitar pukul 9.30 pagi tadi selepas dikongsikan seorang pengguna Facebook ‘Sam Lim’.
Katanya, video berdurasi 44 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertindak menolak dan menendang seorang wanita.
“Laporan polis berhubung kejadian itu telah dibuat oleh seorang wanita tempatan yang juga individu yang merakam kejadian berkenaan.
“Susulan itu, satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Selain itu, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Yusof berkata, kes berkenaan masih dalam siasatan pihak polis dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan serta memudaratkan mana-mana pihak.
Tambahnya orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil memberikan kerjasama kepada pihak polis bagi membantu melengkapkan siasatan.
Rakaman video itu memaparkan ketika mengasari wanita terbabit, lelaki itu turut memarahinya dan menghamburkan kata-kata kesat.- KOSMO! ONLINE.
The post Polis siasat video tular lelaki kasari wanita di Felda Kledang appeared first on Kosmo Online.
