Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Selepas Fattah Amin dan Amira Othman mendirikan rumah tangga semalam, rata-rata pengguna media sosial tidak putus-putus mendoakan buat pasangan hangat, Bella Astillah dan Syed Saddiq untuk mengikuti jejak yang sama.
Mana tidaknya, sokongan luar biasa Bella terhadap Syed Saddiq ketika Kejohanan Dunia Ironman 2025 di Perancis malam tadi membuktikan ahli Parlimen itu sememangnya mempunyai tempat istimewa dihatinya.
Menerusi beberapa video tular di TikTok, kelihatan Bella sanggup berlari bersama Syed Saddiq bagi memberikan semangat untuk beliau menghabiskan lariannya sehingga ke penamat.
Ada juga potongan video dimana Bella menunggu Ahli Parlimen Muar itu di garisan penamat dalam keadaan risau kerana bimbang keselamatan serta kesihatan pasangannya itu.
Lebih terharu lagi, apabila Syed Saddiq berjaya menamatkan kejohanan itu, Bella membantu menyarungkan jaket kerana cuaca yang begitu sejuk di Perancis.
Rentetan daripada potongan video-video yang tular ini ramai yang mendoakan agar Bella dan Syed Saddiq juga bakal menamatkan hubungan istimewa mereka.
“FattahMira dah jalan (kahwin). Kami tunggu yang ini pula, betul-betul tak sabar,” komen Kiki.
“Satu lagi ‘wedding of the year’ yang ditunggu-tunggu. Jangan buat kami tunggu lama sangat. Cepatlah kahwin,” komen Tyra.
“Aku harap habis ni ada berita gembira lah macam FattMira. Nak tengok mereka naik pelamin cepat,” komen Tisha pula.
Turut memberikan sokongan yang sama ialah ibu bapa Syed Saddiq yang turut hadir ke Perancis bagi menyaksikan kejohanan tersebut.
Selain itu kedua-dua anak Bella, Ayden Adrean, 8, dan Ara Adreanna, 5, turut mengikuti ibu mereka bagi memberikan sokongan padu kepada Syed Saddiq. – KOSMO! ONLINE
The post Selepas FattMira, ramai nantikan BASS pula menyusul appeared first on Kosmo Digital.