Auto Added by WPeMatico

![]()
SEPANG – Memujuk dan merayu bagi menawarkan perkhidmatan pengangkutan kepada tiga penumpang warga Bangladesh dari Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS).
Difahamkan, individu berkenaan mengenakan kadar tambang berjumlah RM65 dan akan dibayar bila sampai ke destinasi.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor berkata, hasil daripada intipan dan pemantauan Stesen Penguatkuasa KLIA telah membuat pemeriksaan terhadap seorang lelaki yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa tidak berlesen atau secara haram.
“Sebuah kenderaan jenis Produa Alza beserta pemandu telah ditahan dan disita untuk siasatan selanjutnya.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 205(1), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD 2010),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, katanya, orang awam dinasihatkan agar menggunfakan perkhidmatan pengangkutan yang sah sama ada melalui kaunter perkhidmatan yang disediakan di Terminal 1 dan 2 KLIA atau pun membuat tempahan melalui aplikasi e-hailing.
Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta butiran pengadu dan butiran aduan. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Ulat’ pujuk, rayu dapatkan penumpang KLIA appeared first on Kosmo Digital.

Niat hati hari ni memang tak nak masak sebab nak support peniaga Bazar Taman Jana konon . Tapi tak sangka pula, ini “rezeki” yang saya dapat. Sedih dan kecewa sangat bila peniaga tak jujur macam ni. Tolonglah peniaga, kalau nak niaga tu biar ada keberkatan. Kita beli guna duit, bukan minta percuma. Janganlah sebab nak untung cepat, kebersihan dan kualiti makanan tolak tepi. Ni bukan setakat rugi duit, tapi dah spoil mood nak berbuka puasa satu keluarga! Aku memang tak halalkan duit ku untuk makanan macam ni. Moga jadi pengajaran buat peniaga lain juga. nasib la anak Ku Belum makan lagi ayam tu..bukak² dia jerit mamaaaa ! Ada ulat !
Yang komen jangan Komen “sbb tu aku tk rajin nak mmbeli di bazaar” itu Kau bukan aku..Aku punya duit tak mintak duit Kau haa .aku tengah spoil mood ni
Lokasi: Bazar Taman Jana, Taiping. (Sila hati-hati ya semua kalau nak membeli).