Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA LUMPUR – Seramai tujuh lelaki didenda antara RM50 hingga RM4,500 oleh Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membakar suar, melakukan kekacauan di tempat awam dalam tular di Bukit Bintang Isnin lalu.
Majistret Tg. Shazwany Yasmyn Tuan Roslan, Aina Azahra Arifin dan Farah Nabihah Muhammad Dan menjatuhkan hukuman itu selepas kesemua tertuduh-tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang didakwa ke atas mereka.
Di hadapan Majistret Tg. Shazwany Yasmyn tertuduh Mohamad Azhar Mohamed Idris, 31, didenda RM4,500 manakala di hadapan Majistret Farah Nabihah, tertuduh Muhammad Haziq Akmal Mohd. Yazid, 24, didenda RM50.
Sementara itu hadapan Majistret Aina Azahra pula lima tertuduh Amir Adzim Shahrul Nizam, 25, Khairul Hamizan Zainudin, 28, Muhammad Izz Mifzal Mirza Mohd. Noordzalie, 22, Muhammad Ariff Aiman Mohamed Nasir, 23 dan Muhammad Ikhwan Daniel Azman, 25, masing-masing didenda RM400.
Terdahulu mengikut pertuduhan, Mohamad Azhar didakwa memandu kenderaan pacuan empat roda telah berhenti dengan sengaja di tengah lampu isyarat yang mungkin bahaya kepada pengguna jalan raya di lampu isyarat persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Bukit Bintang, pukul 2.07 pagi, 18 Mei lalu.
Bagi kesalahan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 48 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang berdepan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan maksimum RM5,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.
Bagi tertuduh Muhammad Haziq Akmal, dia didakwa mencetuskan api dengan membakar suar atau flare yang membahayakan keselamatan awam di persimpangan jalan bukit bintang (Jalan Sultan Ismail persimpangan syibuya) pada masa dan tarikh sama, mengikut Seksyen 4 Akta Kesalahan Kecil 1955, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,
Dalam pada itu lima lagi lelaki didakwa bersama-sama melakukan mudarat awam dengan melakukan gangguan dan kekacauan di tempat awam, di lokasi, masa dan tarikh serupa, mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 35 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM400.
Semasa prosiding, kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hench Go, Iman Nurhidayah Ezam dan Nurbatrisyia Mohd Razib manakala peguam Khairul Muktar Mkhddan Simret Singh mewakili kesemua tertuduh.
Sebelum ini media melaporkan cubaan mempromosikan jualan pakaian menerusi aksi konvoi liar dan pembakaran suar di tengah Jalan Sultan Ismail berhampiran Bukit Bintang membawa padah apabila seramai 15 individu ditahan polis.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, kesemua suspek terdiri daripada 14 lelaki dan seorang wanita berusia antara 17 hingga 30 tahun.
Menurut beliau, tangkapan dilakukan susulan video tular yang memaparkan sekumpulan individu menaiki kenderaan pacuan empat roda serta motosikal scrambler elektrik sambil melakukan aksi yang mengganggu ketenteraman awam di kawasan tumpuan pelancong it
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 2 pagi pada semalam sebelum video tersebut tular di aplikasi Threads. – KOSMO! ONLINE
The post Tujuh lelaki bakar suar, ganggu tempat awam didenda RM50 hingga RM4,500 appeared first on Kosmo Digital.
