Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Penyanyi Syasya Rizal mendedahkan pernah dikritik wajahnya kelihatan awam ketika awal penghijrahannya.
Bagaimanapun, Syasya atau nama lengkapnya Norsyasya Afiqah Binti Shahrizal, 25, sentiasa memotivasikan diri agar tidak goyah untuk kekal istiqamah.
“Saya pernah kena juga, ‘dah pakai tudung terus muka awam’.
“Tetapi apa yang penting, sentiasa ingatkan diri kita mengenai niat (untuk menutup aurat) itu berulang kali,” katanya dalam Threads.
Pada masa sama, pelantun lagu Different itu percaya untuk mematangkan diri dan memperkemas niat asas.
“Bukan untuk memuaskan hati mereka, tetapi untuk menjadi lebih dekat dengan Allah.
“Amin, semoga semuanya dipermudahkan,” ujarnya.
Kenyataan tersebut dikongsi selepas seorang pengguna Threads meluah pernah dikecam seperti ‘mak cik kantin’ selepas mengenakan hijab.
Sebelum ini, Syasya mula mengenakan hijab pada 2024 selepas keputusannya mengundurkan diri daripada kumpulan Dolla. – KOSMO! ONLINE
The post Syasya Rizal pernah dikecam ‘muka awam’ selepas bertudung appeared first on Kosmo Digital.
