Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa daerah di Terengganu, Johor, Pahang, Sarawak dan Sabah sehingga pukul 9 malam ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkata, cuaca buruk di Terengganu diramalkan di Dungun dan Kemaman, manakala Pahang di Rompin dan Johor di Mersing.
“Sarawak di Kuching, Sibu, Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang (Limbang).
“Sabah di Pedalaman (Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau), Sandakan dan Kudat,” kata kenyataan itu, hari ini. – KOSMO! ONLINE
The post Cuaca buruk di lima negeri malam ini appeared first on Kosmo Digital.