Auto Added by WPeMatico

![]()
PONTIAN – Salah seorang mangsa kejadian runtuhan dan kebakaran kren yang mengangkat arang batu di Malakoff Power Plant, Jalan Tanjung Bin, Kukup di sini, tengah hari semalam baru sebulan berkerja.
Menurut abang Allahyarham Muhammad Alfarid Ahmad, 19, Muhamad Faris, arwah sebelum ini berkerja di Pasir Gudang, Johor sebelum berpindah ke Stesen Janakuasa Arang Batu Malakoff di Pontian.
Katanya, kali terakhir dia berbual dengan adiknya di rumah sewa arwah di Gelang Patah, semalam.
Tambah Muhamad Faris, arwah adiknya merupakan anak bungsu daripada enam beradik berkerja bersama dengan lima orang rakannya yang melakukan kerja-kerja penyelenggaran di loji janakuasa tersebut.
“Saya hanya tahu mengenai kejadian setelah menerima panggilan daripada seorang lagi adik saya di Tanah Merah, Kelantan,” katanya yang bertugas sebagai guru di Ulu Tiram, Johor Bahru.
Tambah Muhamad Faris, dia menyifatkan arwah adiknya merupakan seorang adik yang baik dan pemergian dalam kejadian tersebut merupakan satu kehilangan besar kepada keluarganya.- KOSMO! ONLINE
The post Allahyarham Alfarid baru sebulan berkerja di Malakoff appeared first on Kosmo Digital.