Auto Added by WPeMatico

![]()
The post Suasana pilu iringi pemergian Nur Izzati appeared first on Kosmo Digital.
Auto Added by WPeMatico

![]()
The post Suasana pilu iringi pemergian Nur Izzati appeared first on Kosmo Digital.

![]()
PETALING JAYA – “Kami sekeluarga memang berharap Kak Ngah dapat ditemui dalam keadaan selamat, namun takdir berkata lain. Allah SWT lebih menyayanginya dan kami reda.”
Demikian luahan bapa saudara kepada Nur Izzati Humaira Azizul, 19, yang ditemukan meninggal dunia hari ini selepas dipercayai sesat ketika menuruni Bukit Changkat Asa sejak Sabtu lalu.
Azman Abdul Aziz, 57, berkata, keluarganya menerima berita penemuan mangsa kira-kira pukul 11.59 pagi dan menganggap pemergian remaja yang mesra dipanggil Kak Ngah itu sebagai kehilangan besar buat mereka.
Menurutnya, Nur Izzati dipercayai menuruni bukit sendirian sekitar pukul 10.50 pagi kerana mahu tiba lebih awal disebabkan cuaca panas, sebelum disedari hilang.
“Kehilangan Kak Ngah sangat dirasai kerana saya memang rapat dengannya. Sejak hari pertama kehilangannya, kami sekeluarga berkumpul dan sentiasa berharap dia ditemui selamat.
“Kami sudah berusaha sedaya upaya bersama pihak berkuasa sepanjang operasi mencari dan menyelamat, namun hari keempat kami menerima berita ini. Kami sedih, tetapi reda dengan ketentuan Allah SWT termasuk ibu bapanya,” katanya kepada Kosmo! hari ini.
Azman berkata, Nur Izzati yang merupakan anak kedua daripada empat beradik disifatkan sebagai seorang anak yang baik, rajin belajar serta gemar meluangkan masa bersama keluarga.
Tambahnya, arwah juga bercita-cita untuk menjadi guru dan sedang menunggu keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Katanya, jenazah Nur Izzati kini berada di Hospital Kuala Kubu Bharu sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Trolak Utara, Sungkai, Perak selepas semua urusan selesai.
“Saya mewakili keluarga mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa, pasukan penyelamat, ketua kampung, penduduk Kampung Changkat Asa dan semua yang membantu serta mendoakan Kak Ngah sepanjang operasi dijalankan,” ujarnya.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan misteri kehilangan Nur Izzati Humaira akhirnya terungkai apabila mangsa ditemukan meninggal dunia oleh Pasukan Khas Taktikal Operasi dan Penyelamat Malaysia pada pukul 11.58 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE
The post Nur Izzati nak jadi guru, sambung belajar di UPSI appeared first on Kosmo Digital.

![]()
PETALING JAYA – “Kak ngah tak pernah menyusahkan kami, dia anak yang terbaik untuk kami,”
Demikian luahan menyentuh hati bapa kepada Nur Izzati Humaira, 19, yang ditemui meninggal dunia selepas hilang sejak Sabtu lalu di Bukit Changkat Asa, Hulu Selangor.
Azizul Abdul Aziz, 48, berkata, seluruh ahli keluarga tidak pernah berhenti memberikan sokongan dan doa buat Nur Izzati sejak hari pertama kehilangan anak keduanya itu.
“Kak angah, ayah, ibu, alok, abby dengan Syahid tak pernah tinggal angah daripada hari kejadian sampai hari ini.
“Kak angah kuat tahu, kak ngah kuat. Ayah tahu kak ngah kuat. Mudah-mudahan kita berjumpa lagi. Kalau hari ini kita jumpa, esok kita raya sama-sama,” katanya dalam satu temu bual bersama sebuah radio tempatan, pagi tadi.
Menurut Azizul, dia dan keluarga juga reda dengan segala ketentuan Allah selain menyifatkan Nur Izzati sebagai anak yang sangat baik dan tidak pernah membebankan keluarga.
“Kalau Allah lebih menyayangi kak Nnah…..ayah, ibu semua dah reda. Ayah, ibu jadi saksi bahawa kak ngah anak yang baik untuk ayah dan ibu.
“Kak ngah tak ada dosa pun kepada kami dan tak pernah menyusahkan kami. Doakan untuk anak saya Nur Izzati Humairah. Mudah-mudahan kita berjumpa pada hari ini juga insya-Allah,” katanya.
Rakaman perbualan tersebut yang kembali tular ketika ini sekali gus meruntun hati pengguna media sosial yang menyifatkan doa serta reda kedua ibu bapa tiada batasnya.
Nur Izzati sebelum ini dilaporkan sesat selepas terpisah daripada lima rakan serta ahli keluarganya ketika menuruni Bukit Changkat Asa, Hulu Selangor.
Memasuki hari keempat, Allahyarham ditemui meninggal dunia sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Kami reda… kak ngah tak ada dosa dengan kami’ appeared first on Kosmo Digital.

![]()
PETALING JAYA – Kakak kepada remaja yang sebelum ini hilang di Bukit Changkat Asa, Hulu Selangor sejak Sabtu lalu memohon agar orang ramai mendoakan Allahyarham adiknya yang telah kembali ke rahmatullah, hari ini.
Nur Izzati Humaira Azizul, 19, ditemui meninggal dunia kira-kira pukul 11.58 pagi di kawasan kebun iaitu kira-kira 500 meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat dan satu kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).
Kakaknya menerusi akaun @Itshnaa_ di Thread juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat adik keduanya itu.
“Sedekahkan al Fatihah kepada adik saya. Izzati telah kembali ke rahmatullah di hari yang mulia ini. Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Semoga jasa baik anda semua dibalas dengan seribu kebaikan.
“Terima kasih pihak berkuasa kerana berjaya menemui Izzati. Terima kasih para sukarelawan yang bertungkus lumus mencari Izzati,” tulisnya.
Nur Izzati sebelum ini dilaporkan sesat selepas terpisah daripada lima rakan serta ahli keluarganya ketika menuruni Bukit Changkat Asa, Hulu Selangor.
Memasuki hari keempat, Allahyarham ditemui meninggal dunia sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat. – KOSMO! ONLINE
The post Sedekahkan al Fatihah untuk adik saya – Kakak Nur Izzati appeared first on Kosmo Digital.

![]()
HULU SELANGOR – Remaja, Nur Izzati Humaira Azizul, 19, yang dilaporkan hilang selepas tersesat ketika menuruni Bukit Changkat Asa, Hulu Selangor sejak Sabtu lalu ditemui meninggal dunia, di sini hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, jasad remaja perempuan itu ditemukan oleh anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira pukul 11.58 pagi.
“Mayat mangsa ditemui di kawasan kebun iaitu kira-kira 500 meter dari lokasi terakhir beliau dilihat dan satu kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK),” katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi hari ini.
Beliau menambah, mayat mangsa akan dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu bagi tujuan bedah siasat. – KOSMO! ONLINE
The post Nur Izzati ditemui meninggal dunia di kawasan kebun appeared first on Kosmo Digital.

![]()
PETALING JAYA – “Saya tak balik rumah, tiga hari tidur di sini sahaja.”
Demikian kata Azman Abdul Aziz, 57, bapa saudara kepada Nur Izzati Humaira Azizul, 19, yang masih hilang selepas dipercayai sesat ketika menuruni Bukit Changkat Asa, Hulu Selangor sejak Jumaat lalu.
Menurut Azman, ahli keluarga masih setia berada di lokasi operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang kini memasuki hari keempat demi menunggu sebarang perkembangan positif mengenai kehilangan remaja terbabit.
Menurutnya, pasukan SAR mula memasuki kawasan pencarian sekitar pukul 9.50 pagi tadi bersama kira-kira 10 anggota sebelum beberapa lagi anggota Unit Pengesan (K9) dijangka menyertai operasi tersebut.
“Mereka masuk secara perlahan dan tidak menggunakan laluan trek biasa. Kawasan pencarian juga diperluaskan kerana bentuk muka bumi di sini agak tinggi dan mencabar,” katanya kepada Kosmo! hari ini.
Azman berkata, sehingga kini pihak keluarga masih belum menerima sebarang petunjuk baharu mengenai keberadaan Nur Izzati.
“Kami terus tunggu dan berharap. Setakat ini belum ada berita lagi,” ujarnya.
Beliau turut menafikan dakwaan tular di media sosial yang mendakwa terdapat suara gelak ketawa didengari di kawasan pencarian seperti yang tersebar malam tadi.
“Benda itu memang tidak betul,” katanya kesal.
Azman berkata, keluarga bersama penduduk setempat turut mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin setiap malam bagi memohon dipermudahkan urusan pencarian.
“Semua orang buat solat hajat dan bacaan Yasin. Malam tadi pun ada dan malam ini insya-Allah diteruskan lagi,” jelasnya.
Menurut Azman yang berasal dari Felda Trolak Utara, Sungkai, dia memilih untuk terus berada berhampiran kawasan operasi sejak hari pertama kehilangan anak saudaranya itu.
Nur Izzati sebelum ini dilaporkan sesat selepas terpisah daripada lima rakan serta ahli keluarganya ketika menuruni Bukit Changkat Asa, Hulu Selangor.
Pegawai Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Azliza Ahmad berkata, radius kawasan pencarian SAR Nur Izzati diperluaskan kepada 0.5 kilometer persegi semalam. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Saya tidur di sini 3 hari tunggu Nur Izzati’ appeared first on Kosmo Digital.

![]()
PETALING JAYA – “Kami sekeluarga tidak bersedia untuk menceritakan apa-apa kejadian yang berlaku sepanjang tempoh pencarian,”
Demikian kata kakak kepada Nur Izzati Humaira Azizul, 19, yang masih hilang selepas dipercayai sesat ketika menuruni Bukit Changkat Asa sejak Jumaat lalu.
Kakaknya menerusi akaun @Itshnaa_ di Thread juga memaklumkan misi pencarian hari ini masih berlangsung dan diteruskan meskipun sudah memasuki hari keempat.
Terdahulu tular beberapa hantaran di media sosial mendakwa Nur Izzati telah ditemui oleh pasukan penyelamat kira-kira pukil 7 malam tadi namun ‘ditarik’ dan ‘hilang’ semula dalam sekelip mata.
Bagaimanapun kakaknya meminta orang ramai tidak menyebarkan berita palsu selagi belum ada kepastian daripada ahli keluarga yang lain.
“Selagi tiada kepastian daripada saya atau ahli keluarga yang lain, saya mohon jangan menyebarkan berita yang tidak sahih, saya mohon untuk semua doakan kesejahteraan adik saya. Kerjasama anda amat dihargai.
“Saya yang berada disini, di tempat kejadian. Jadi saya mohon agar semua bersabar insyaallah doakan Izzati. saya minta jangan sebarkan dahulu berita yang tidak sahih. Jadi pastikan sebar berita yang sahih,” ujarnya.
Nur Izzati sebelum ini dilaporkan sesat selepas terpisah daripada lima rakan serta ahli keluarganya ketika menuruni Bukit Changkat Asa, Hulu Selangor.
Pegawai Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Azliza Ahmad berkata, radius kawasan pencarian dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) Nur Izzati diperluaskan kepada 0.5 kilometer persegi semalam. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Tak sedia nak cerita apa berlaku sepanjang pencarian Nur Izzati’ appeared first on Kosmo Digital.

![]()
HULU SELANGOR – Radius kawasan pencarian dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja perempuan yang hilang ketika aktiviti pendakian di Bukit Changkat Asa di sini, diperluaskan kepada 0.5 kilometer persegi hari ini.
Pegawai Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Azliza Ahmad berkata, pasukan SAR menggunakan teknik sweeping dengan tumpuan pencarian setakat tengah hari tadi di kawasan timur Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).
Menurut beliau, operasi SAR hari ini turut dibantu tiga unit anjing pengesan iaitu dua daripada JBPM dan satu milik Polis Diraja Malaysia.
“Seramai 90 individu terlibat dalam operasi SAR setakat tengah hari ini membabitkan anggota pelbagai agensi keselamatan serta sukarelawan.
“Operasi pencarian hari ini turut menggunakan khidmat unit dron daripada Unit Pengurusan Bencana Kerajaan Negeri Selangor,” katanya di sini hari ini.
Katanya, antara agensi yang terlibat dalam operasi berkenaan ialah JBPM, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Perhutanan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara serta Persatuan Malim Gunung Perhutanan.
Beliau berkata, trek pendakian di bukit berkenaan melibatkan laluan sepanjang 800 meter dari kaki bukit ke puncak setinggi 267 meter sebelum kembali semula ke kaki bukit melalui laluan sama.
“Setakat ini, tiada petunjuk baharu ditemukan dan pasukan SAR hanya menggunakan maklumat yang diperoleh daripada ahli keluarga mangsa dalam usaha pencarian ini,” katanya.
Kosmo! sebelum ini melaporkan remaja perempuan berumur 19 tahun yang hilang dipercayai sesat ketika menuruni Bukit Changkat Asa, Hulu Selangor masih belum ditemui selepas lebih 48 jam.
Nur Izzati Humaira Azizul dilaporkan terpisah daripada lima rakan serta ahli keluarganya yang melakukan aktiviti mendaki di lokasi berkenaan. – KOSMO! ONLINE
The post Radius pencarian Nur Izzati di Bukit Changkat Asa diperluas appeared first on Kosmo Digital.

![]()
TANJUNG MALIM – Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun hilang dipercayai sesat ketika menuruni Bukit Changkat Asa di sini pada pukul 1.26 petang tadi selepas terpisah dengan rakan serta keluarganya.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihak bomba melaksanakan konsep LAST dengan memulakan pencarian di kawasan Bukit Changkat Asa pada radius ketinggian 234 meter.
“Operasi ditangguhkan dan diserahkan kepada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu untuk tindakan lanjut kerana lokasi kejadian terletak di bawah seliaan mereka. Pasukan bomba Tanjung Malim akan ke lokasi sekiranya diperlukan. Seramai 13 anggota bomba, 14 bomba sukarela, tiga polis, empat anggota Angkatan Pertahanan Awam serta 12 malim gunung Perak digerakkan untuk operasi ini,” katanya di sini, hari ini.
Difahamkan hujan lebat dan keadaan gelap sekarang agak menyukarkan kerja-kerja pencarian dan menyelamat. Kali terakhir mangsa memakai baju muslimah berwarna hijau, seluar hitam dan tudung coklat. – KOSMO! ONLINE
The post Nur Izzati gagal dikesan ketika turun Bukit Changkat appeared first on Kosmo Digital.