Auto Added by WPeMatico

![]()
AMPANG – Lima individu yang dilaporkan sesat ketika menjalankan aktiviti mendaki di Bukit Saga di sini petang tadi berjaya ditemui dalam keadaan selamat.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 2.15 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan Indah digerakkan ke lokasi.
Menurutnya, berdasarkan maklumat pengadu, kesemua mangsa terdiri daripada empat wanita dan seorang lelaki berusia antara 34 hingga 46 tahun.
“Kesemua mangsa dilaporkan sesat ketika melakukan aktiviti mendaki, namun tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Anggota kemudian bertindak menuju ke lokasi yang diberikan oleh mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kesemua mangsa berjaya ditemui pada pukul 3.55 petang sebelum dibawa turun ke kaki bukit dengan selamat. – KOSMO! ONLINE
The post Lima pendaki sesat di Bukit Saga ditemui selamat appeared first on Kosmo Digital.
