Auto Added by WPeMatico

![]()
SUNGAI BULOH – Suspek banduan tahanan reman warga Pakistan yang melarikan diri dari Penjara Sungai Buloh dipercayai masih berada dalam negara ketika ini, dengan operasi mengesannya terus dipergiatkan pihak berkuasa.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd. Hafiz Muhammad Nor berkata, suspek masih belum berjaya ditangkap dan usaha memburu individu berkenaan sedang giat dijalankan.
“Skop pencarian masih dalam negara dan pihak polis sedang meneruskan tindakan mengesan serta menangkap suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam Kosmo! melaporkan, operasi mengesan dan menangkap banduan tahanan reman yang melarikan diri dari Penjara Sungai Buloh dipergiat dengan penglibatan pelbagai unit keselamatan.
Mohd. Hafiz dilapor berkata, operasi itu digerakkan dengan bantuan Pasukan Gerakan Am (PGA), Pangkalan Gerakan Udara serta Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam.
Menurut beliau, usaha mengesan dan menangkap suspek dilaksanakan secara menyeluruh.
Banduan kali terakhir dilihat memakai kemeja-T berwarna oren dan berseluar panjang hitam.
Lelaki berkenaan dikenali sebagai Muhammad Hassan, 24, itu menghadapi beberapa pertuduhan termasuk mengikut Seksyen 377C dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan serta kesalahan berkaitan imigresen. – KOSMO! ONLINE
The post Banduan warga Pakistan lolos penjara dipercayai masih dalam negara appeared first on Kosmo Digital.
