Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Pengacara Nadia Annuar menyelar kenyataan individu yang mendakwa kononnya dia berbangga dengan statusnya sebagai seorang janda susulan perkongsiannya mengenai kehidupan wanita ‘single’ dalam media sosial baru-baru ini.
Tampil mempertahankan diri, Nadia, 41, berkata, dia tidak pernah memasang impian untuk memegang gelaran janda namun tetapi menegaskan tidak malu dengan status tersebut.
“Kenapa dik? Malu sangat ke jadi janda? Awak ingat akak minta ke jadi janda ini?
“Susahkan awak ke dik kalau akak bangga?” katanya dalam Threads.
Nadia menambah, dia tetap perlu meneruskan kehidupan meski sedar status sebagai ibu tunggal sering menerima tanggapan negatif daripada masyarakat sekeliling.
“Selain bangga apa lagi akak boleh buat? Bersedih sampai mati baru awak puas?
“Habis kalau asyik bersedih siapa nak kerja bayar sewa makan pakai akak?
“Bukan buat benda maksiat dengan suami orang atau curang. Buat apa nak malu?” jelasnya.
Dia berkata demikian membalas komen seorang indvidu: “Apa yang bangga sangat jadi janda?”
Terdahulu, dia sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Hafiz Salleh dan dikurniakan seorang anak perempuan, Dya Naylaa, 7 tahun.
Namun, perkahwinan mereka disahkan bercerai dua tahun lalu.
Sebelum itu, Nadia juga pernah berkahwin dengan Datuk Sulaiman@Mohd. Helmi Mohd Ilyas sebelum bercerai pada Oktober 2010.
Mereka juga dikurniakan seorang anak, Mohamed Aaron Erwin kini berusia 16 tahun. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Kenapa dik, malu sangat ke, ingat akak minta jadi janda’ appeared first on Kosmo Digital.