Auto Added by WPeMatico

SEBERANG PERAI – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila kereta yang dia pandu terbabas di kawasan banjir kilat di Sungai Bakap di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa berusia 24 tahun itu dikatakan bertindak keluar dari keretanya jenis Toyota Vios sebelum kehadiran pasukan penyelamat.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada 12.11 tengah hari tadi.
Menurutnya, operasi menyelamat melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Bakap diketuai Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan II Yusri Mohd. Arshad.
“Insiden melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios telah terbabas masuk ke dalam kawasan banjir kilat.
“Kejadian itu menyebabkan kereta mangsa dimasuki air dan tersekat di lokasi. Terdapat seorang mangsa telah berjaya keluar sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi.
“Tindakan anggota memastikan mangsa dalam keadaan selamat dan tiada elemen merbahaya lain di lokasi. Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 12.42 tengah hari tadi,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, katanya lagi, sebanyak 70 buah di Kampung Baru, Simpang Ampat di sini dilanda banjir kilat, kira-kira pukul 10.57 pagi tadi.
“Kejadian banjir kilat berpunca dari hujan lebat telah menyebabkan air memasuki ke dalam rumah dengan anggaran paras ketinggian buku lali.
“Pasukan bertindak membuat pemantauan di lokasi kejadian dan mendapati tiada mangsa yang terperangkap.
“Kawasan operasi berada dalam keadaan terkawal dan paras air di sekitar Sungai Junjung semakin beransur surut,” ujarnya operasi tamat pada pukul 12.42 tengah tari tadi. – KOSMO! ONLINE
The post Wanita cemas kereta terbabas dalam banjir kilat appeared first on Kosmo Digital.