Auto Added by WPeMatico

Auto Added by WPeMatico

SUSULAN isu kes pukul pembantu rumah, pempengaruh Mekyun kecewa dengan sikap segelintir pihak yang mempertahankan individu warga asing terbabit tanpa usul periksa.
Mekyun atau nama sebenarnya Wee Mun Nee, 29, memilih untuk menyebelahi pihak majikan selepas melihat bukti rakaman video yang memaparkan tindakan kejam pembantu rumah terbabit mendera anak-anak majikan.
Kes pembantu rumah kena pukul, jujur saya di pihak majikan. Pelik tengok ada yang buta-buta pertahankan pembantu rumah itu tanpa tengok video ini.
“Tengoklah macam mana anak-anak itu kena dera. Mangsa sebenar adalah anak-anak yang kena dera bukan pembantu rumah itu,” katanya dalam Threads.
Meskipun bersetuju tindakan majikan merakam dan memuat naik video tindakan fizikal terhadap pembantu rumah itu adalah satu kesilapan, namun Mekyun menegaskan isu penderaan kanak-kanak bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh.
Ya, video majikan itu tak patut dirakam dan dimuat naik. Tapi bab dera budak ini bukan hal kecil.
“Kalau jadi dekat anak kita macam ini, sudah pasti naik angin juga,” jelasnya.
Dalam masa sama, Mekyun turut melahirkan rasa kesal apabila isu berkenaan seolah-olah memberi persepsi buruk terhadap imej masyarakat di mata luar.
“Jadi jangan tengok sebelah pihak saja. Tengok dulu video ini.
“Buat orang Malaysia ini nampak macam teruk betul,” tegasnya.
Pada 13 Jun lalu, tular sebuah video memaparkan insiden keganasan fizikal membabitkan empat individu terhadap seorang wanita warga Indonesia dipercayai bekerja sebagai pembantu rumah.
Kedua-dua pasangan suami isteri direman selama sehari bagi membantu siasatan. – HIBGLAM

![]()
PETALING JAYA – Kegirangan jutaan penyokong Piala Dunia 2026 untuk menyaksikan perlawanan antara Perancis dan Senegal melalui RTMKlik terbantut selepas berlaku masalah teknikal pagi ini.
Melalui pemerhatian Kosmo! mendapati setakat pukul 3.30 pagi tadi di RTMKlik, perlawanan tersebut tidak dapat diakses seperti biasa serta hanya tertera perkataan ‘Tiada Sorotan’ serta ‘Error HTTP 503’ berikutan masalah teknikal.
Beberapa peminat membanjiri Facebook RTMKlik dengan menyatakan kekesalan mereka tidak dapat menonton perlawanan yang dianggap antara dinanti-nanti pada siri Piala Dunia kali ini.
Pemerhatian di aplikasi RTMKlik juga mendapati rancangan lain seperti TV1, TV2, Okey dan beberapa rancangan lain turut tidak dapat diakses. – KOSMO! Online
The post ‘Tiada sorotan’ – RTMKlik hampakan peminat Piala Dunia appeared first on Kosmo Digital.