Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Atas kebersamaan naluri seorang ibu, pelakon Rozita Che Wan hadir menzahirkan pandangan mengenai pengorbanan dalam membesarkan anak-anak.
Meskipun berdepan dengan situasi menguji perasaan, Rozita atau mesra disapa Che Ta, mendedahkan bahawa seorang ibu sebenarnya lebih selesa mengambil jalan untuk berdiam diri biarpun hati disapa lara.
“Jadi mak ini walau hati terluka dan berkecil hati, kita pilih untuk diam serta simpan.
“Bukan sebab tak sakit tapi anak tetap anak,” katanya dalam Threads.
Tambah pelakon drama Kiah Pekasam itu, reda adalah penawar terbaik dalam menerima setiap ketentuan.
“Kita reda dengan takdir dan hanya mendoakan yang baik-baik kerana air mata seorang ibu, tak perlu disaksikan dunia.
“Cukuplah Allah yang tahu dan hati seorang ibu yang belajar untuk reda,” katanya lagi.
Berdasarkan semakan, dipercayai pandangan Che Ta itu mempunyai kaitan dengan isu panas membabitkan ucapan hari jadi pelakon, Abby Abadi kepada anak, Maria Danisha yang disifatkan tidak wajar.
Ujar pemilik nama lengkap Arbaiyah Abdul Manan, 49, segala pengorbanan dilakukan sejak anak-anak masih kecil membuatkan dirinya berasa amat kecewa apabila hubungan mereka kini tidak lagi seperti dahulu. -KOSMO! ONLINE
The post ‘Jadi mak walau hati terluka, pilih untuk diam’ appeared first on Kosmo Online.
