Auto Added by WPeMatico

IPOH – Seorang wanita warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Raja Abdullah, Kampung Sungai Rapat Tambahan di sini malam tadi.
Mayat mangsa dikenali sebagai Salmiah Nyak Matt, 84, yang juga ibu mentua kepada Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin ditemukan di bilik tingkat bawah rumah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, maklumat kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat itu diterima pada pukul 9.19 malam.
Katanya, dalam kejadian itu, seorang lelaki berusia 83 tahun berjaya diselamatkan dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut.
“Empat ahli keluarga lain berusia antara 18 hingga 49 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE
The post Ibu mentua Ketua Pembangkang maut dalam kebakaran rumah appeared first on Kosmo Digital.