Auto Added by WPeMatico

Auto Added by WPeMatico

Peguam mewakili Rushdi, Azmi Mohd. Rais, memaklumkan, penarikan balik kes tersebut dibuat dengan syarat yang tegas daripada pihak Nora.
“Alhamdulillah, pada hari ini plaintif, Datuk Nora telah menarik balik kes ini dan ingin meneruskan perkahwinan dengan defendan.
Sebelum permohonan penarikan balik dibuat, beliau (Nora) memohon agar penarikan tersebut dibuat bersyarat, iaitu tidak ada sebarang gangguan daripada pihak ketiga.
“Maka Yang Arif Hakim meluluskan permohonan penarikan balik tersebut dan menasihatkan Puan Nora bahawa beliau mempunyai hak untuk memfailkan injunksi tegah ganggu terhadap mana-mana pihak ketiga, serta memfailkan kes gangguan (nuisance) di mahkamah sivil sekiranya perlu,” katanya kepada HibGlam di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, hari ini.
Tambahnya, Rusdi berasa sangat bahagia dengan keputusan tersebut dan berjanji akan memikul tanggungjawab untuk memastikan konflik melibatkan pihak luar tidak lagi berulang.
Bagi pihak defendan pula, beliau sangat bahagia pada hari ini, alhamdulillah dan beliau juga berjanji akan menasihati pihak ketiga tersebut.
“Kes ini ditarik balik tanpa kos, alhamdulillah. Oleh itu, tidak perlu kepada pelantikan hakam panel pada hari ini,” ujarnya.
Pada 21 April tahun lalu, Nora memfailkan permohonan perceraian selepas tercetus pelbagai konflik susulan hantaran Instagram yang memaparkan video lafaz cerai Rushdi terhadapnya.
Selepas sebulan mengumumkan perceraian, Nora bagaimanapun memaklumkan dia dan suami sudah kembali rujuk.
Sebelum ini, Nora mengesahkan sudah bergelar isteri kepada Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya pada 2021.
Nora sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga bersama komposer, Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung. – HIBGLAM

![]()
SHAH ALAM – Kemelut rumah tangga penyanyi Datuk Nora Ariffin akhirnya menemui penamat apabila Mahkamah Rendah Syariah meluluskan penarikan balik permohonan tuntutan perceraian yang difailkan sejak tahun lalu.
Peguam mewakili Rushdi, Azmi Mohd. Rais, memaklumkan, penarikan balik kes tersebut dibuat dengan syarat yang tegas daripada pihak Nora.
“Alhamdulillah, pada hari ini plaintif, Datuk Nora telah menarik balik kes ini dan ingin meneruskan perkahwinan dengan defendan.
“Sebelum permohonan penarikan balik dibuat, beliau (Nora) memohon agar penarikan tersebut dibuat bersyarat, iaitu tidak ada sebarang gangguan daripada pihak ketiga.
“Maka Yang Arif Hakim meluluskan permohonan penarikan balik tersebut dan menasihatkan Puan Nora bahawa beliau mempunyai hak untuk memfailkan injunksi tegah ganggu terhadap mana-mana pihak ketiga, serta memfailkan kes gangguan (nuisance) di mahkamah sivil sekiranya perlu,” katanya kepada Kosmo! Online di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, di sini, hari ini.
Tambahnya, Rusdi berasa sangat bahagia dengan keputusan tersebut dan berjanji akan memikul tanggungjawab untuk memastikan konflik melibatkan pihak luar tidak lagi berulang.
“Bagi pihak defendan pula, beliau sangat bahagia pada hari ini, alhamdulillah dan beliau juga berjanji akan menasihati pihak ketiga tersebut.
“Kes ini ditarik balik tanpa kos, alhamdulillah. Oleh itu, tidak perlu kepada pelantikan hakam panel pada hari ini,” ujarnya.
Pada 21 April tahun lalu, Nora memfailkan permohonan perceraian selepas tercetus pelbagai konflik susulan hantaran Instagram yang memaparkan video lafaz cerai Rushdi terhadapnya.
Selepas sebulan mengumumkan perceraian, Nora bagaimanapun memaklumkan dia dan suami sudah kembali rujuk.
Sebelum ini, Nora mengesahkan sudah bergelar isteri kepada Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya pada 2021.
Nora sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga bersama komposer, Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung. – KOSMO! ONLINE
The post Tak jadi cerai, Nora tarik balik tuntutan tapi bersyarat appeared first on Kosmo Digital.

![]()
ALOR SETAR – Seorang Arkitek Penguasa Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan membuat tuntutan elaun perjalanan palsu, dua tahun lalu.
Tertuduh, Suhaili Othman, 55, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini.
Tertuduh sebagai Arkitek Penguasa J52 didakwa mengemukakan tuntutan elaun perjalanan bagi Jun 2024 untuk menghadiri Mesyuarat Arkitek JKR Malaysia 2023 di sebuah resort di Ayer Keroh, Melaka antara 11 Jun hingga 14 Jun 2024 berjumlah RM894.50 dengan menggunakan kenderaan sendiri, sedangkan dia menggunakan kenderaan projek.
Dia didakwa mempunyai sebab untuk mempercayai dokumen tersebut mengandungi butir matan palsu untuk mengelirukan prinsipalnya dengan perbuatan itu didakwa dilakukan di Bahagian Arkitek JKR Kedah, di sini pada 8 Julai 2024.
Suhaili juga didakwa melakukan kesalahan sama membabitkan tuntutan elaun perjalanan bagi Julai 2024 iaitu menghadiri sesi perbincangan bersama Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat pada 15 dan 16 Julai 2024 berjumlah RM600 melalui tuntutan gantian kapal terbang dengan menggunakan kenderaan sendiri, sedangkan dia menggunakan kenderaan projek.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di lokasi sama pada 5 Ogos 2024.
Pendakwaan bagi kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Atika Ab. Rashid, manakala tertuduh diwakili peguam, Yusmadi Yusoff dan Durratul Ain Mahmud Morshidi.
Terdahulu dalam prosiding, Nurul Atika mencadangkan jaminan sebanyak RM12,000 berserta syarat tambahan supaya tertuduh melapor diri di pejabat SPRM terdekat, menyerahkan pasport kepada mahkamah serta tidak mengganggu mana-mana saksi pendakwaan dalam kes itu.
Yusmadi bagaimanapun memohon jaminan yang tidak membebankan tertuduh dan pada masa sama memaklumkan mahkamah bahawa anak guamnya telah berkhidmat selama lebih 22 tahun.
“Dalam perkhidmatan, beliau pernah dianugerahkan Bintang Khidmat Terpuji dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sehingga kejadian ini (didakwa) berlaku. Dia mempunyai empat anak yang masih bersekolah dan isteri tidak bekerja,” katanya.
Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu mana-mana saksi pendakwaan. Kes akan disebut semula pada 4 Mac depan. – KOSMO! ONLINE
The post Arkitek Penguasa JKR dituduh buat tuntutan perjalanan palsu appeared first on Kosmo Digital.

![]()
SHAH ALAM – Keculasan sebuah syarikat perkhidmatan kurier yang gagal mematuhi Perintah Gaji Minimum 2024 serta menganiaya pekerja apabila tidak membayar gaji lebih masa terbongkar apabila digempur pihak berkuasa semalam.
Operasi tersebut dilaksanakan Pasukan Khas Penguatkuasaan, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Selangor bermula 9 pagi hingga 11.30 malam.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) Betty Hasan berkata, sejumlah 120 pekerja tempatan dan 175 pekerja asing diperiksa sepanjang operasi itu.
Menurutnya, pekerja asing ini terdiri daripada warga Indonesia, India, Pakistan dan Bangladesh.
“Antara kesalahan yang dikesan adalah kegagalan majikan untuk mematuhi Perintah Gaji Minimum 2024 dan pelanggaran Akta Kerja 1955 membabitkan Seksyen 25A berkaitan bayaran gaji secara tunai.
“Selain itu, seksyen 60A kerana tidak membayar gaji lebih masa (OT),” katanya malam tadi.
Tegas beliau, kesemua kesalahan ini akan diambil tindakan selaras dengan akta-akta berkaitan.
Betty menjelaskan, JTKSM akan terus mempergiat pelaksananaan operasi
dan penguatkuasaan selaras perundangan di bawah bidang kuasa yang diperuntukkan.
“Selain itu, penguatkuasaan ini perlu dilakukan secara konsisten demi
memastikan kebajikan para pekerja tempatan mahupun asing dipelihara dan keharmonian perburuhan negara terus diperkasa.
“Pada masa sama, operasi seperti ini turut menjadi medan memberi penerangan, nasihat serta bimbingan kepada majikan supaya mematuhi undang-undang perburuhan. Ini selaras usaha kerajaan mewujudkan persekitaran pekerjaan yang adil, selamat dan sejahtera untuk semua,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Syarikat kurier aniaya tak bayar OT appeared first on Kosmo Digital.

![]()
KUALA LUMPUR – Presiden Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas), Laksamana Madya Datuk Sabri Zali mengemukakan 18 tuntutan dalam saman fitnah, terhadap aktivis politik Chegubard berhubung dakwaan kenyataan fitnah pada Julai 2024 hingga Disember tahun lalu.
Sabri selaku plaintif memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini dengan menamakan Chegubard atau nama sebenarnya, Badrul Hisham Shaharin selaku defendan.
Peguam, Muhamad Firdaus Jumaludin yang mewakili plaintif berkata, antara tuntutan tersebut ialah permohonan ganti rugi terhadap Chegubard, di atas kerosakan reputasi anak guamnya ekoran tohmahan serta cemuhan yang dilemparkan.
Bagaimanapun, beliau berkata, buat masa ini jumlah ganti rugi yang dipohon tidak dapat dinyatakan.
“Selain itu, kami akan membuat permohonan injunksi supaya semua kenyataan defendan dikeluarkan. Anak guam mahu meneruskan saman ini kerana ahli politik itu, tidak memberi maklum balas terhadap surat tuntutan supaya menurunkan pernyataan fitnah tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini hari ini.
Sementara itu, berdasarkan pernyataan tuntutan, sekitar Julai 2024 hingga Disember 2025, defendan didakwa menerbitkan secara berulang pelbagai kenyataan bertulis, visual dan rakaman video di media sosial yang menuduh plaintif sebagai seorang pegawai kanan tentera yang kononnya terlibat dalam rasuah, salah guna kuasa, tidak berintegriti serta tidak layak memegang jawatan kepimpinan tertinggi ATM.
Plaintif juga menegaskan bahawa kesemua tuduhan itu adalah palsu, tidak berasas dan bersifat fitnah, dibuat tanpa sebarang keputusan mahkamah, pendakwaan atau pengesahan rasmi daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau mana-mana pihak berautoriti.
Menurut plaintif, defendan sendiri mengakui bahawa dakwaan tersebut bersumberkan dokumen yang diperoleh daripada pihak yang tidak dikenali, tanpa sebarang proses pengesahan atau verifikasi yang sah.
Plaintif berkata kenyataan-kenyataan tersebut telah disiarkan secara meluas dan berulang sehingga menimbulkan persepsi awam bahawa plaintif adalah seorang pegawai kanan tentera yang korup, tidak amanah, serta menjadi ancaman kepada keselamatan dan kepentingan strategik negara.
Dakwanya, defendan juga secara terbuka mengakui niatnya untuk menggagalkan pelantikan plaintif sebagai Panglima Tentera Laut, membuktikan bahawa penerbitan tersebut dibuat dengan niat jahat dan bukan demi kepentingan awam.
Akibat daripada penyiaran fitnah itu, reputasi, maruah, kredibiliti profesional serta integriti plaintif telah terjejas dan oleh itu, plaintif menuntut pengisytiharan bahawa kenyataan-kenyataan tersebut adalah fitnah, perintah mahkamah supaya penerbitan lanjut dihentikan, serta ganti rugi yang wajar atas kerosakan reputasi dan penderitaan yang dialami.
Justeru secara keseluruhannya peguam itu berkata, perkara tersebut telah menyebabkan kerosakan reputasi serius yang tidak boleh dipulihkan melalui penjelasan awam semata-mata, terutama fitnah tersebut ditambah dengan tohmahan liar di ruangan komen.
Pada 2 Januari lalu Kosmo! melaporkan Sabri menafikan setiap tuduhan yang dilemparkan terhadapnya oleh aktivis Chegubard.
Menerusi peguamnya, Muhammad Firdaus berkata, semua tuduhan itu disifatkan tidak benar, mengelirukan dan berunsur fitnah yang serius.
Menurutnya, tuduhan itu langsung tidak berasas malah, turut menjejaskan institusi dan imej PUSPAHANAS Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara keseluruhan.
Chegubard sebelum ini mendakwa Sabri terlibat dalam kesalahan berkaitan rasuah dengan mendedahkan satu set dokumen yang dikatakan merangkumi kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). – KOSMO! ONLINE
The post Fitnah: Pegawai Kanan ATM kemuka 18 tuntutan terhadap Chegubard appeared first on Kosmo Digital.