Auto Added by WPeMatico

Auto Added by WPeMatico

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd. Zainuddin, 41, berkata, golongan yang dikurniakan kelebihan dari segi skil mempunyai keistimewaan tersendiri.
Cerita sini habis sini. Saya suka lelaki yang pandai bertukang, wiring (pendawaian) serta buat kerja berat,” katanya menerusi perkongsian di Threads.
Pada masa sama, pelakon drama Namamu Cinta itu berkata, kebolehan itu melambangkan sifat maskulin seorang lelaki dengan kelebihan memasak serta istiqamah membaca al-Quran.
“Bagi saya, mereka ini maskulin. Bonus kalau pandai memasak serta pandai mengaji,” tulisnya lagi.
Hantaran dikongsikannya itu meraih pelbagai maklum balas positif daripada peminat yang sependapat dengannya.
Paling menghiburkan apabila ada dalam kalangan beberapa pengguna Threads mengakui mereka lelaki dimaksudkan Zara kerana memiliki skil serta rajin memasak.
Maaf awak, saya sibuk sikit hari ini. Tadi menukang sayap kapal terbang, lepas itu buat wiring sikit. Ini pun baru sampai rumah. Okey saya nak masak dulu,” kata seorang netizen.
Zara antara selebriti yang aktif di Threads, sekali gus menjadikan platform itu sebagai ruang berkomunikasi dengan peminat selain memberikan pandangan berkaitan isu semasa. – HIBGLAM

PENYANYI Cik B tidak kisah berhabis wang ringgit demi memastikan rakan-rakannya berasa gembira selain sebagai tanda penghargaan atas hubungan persahabatan yang terjalin.
Cik B atau nama penuhnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 21, bagaimanapun berkata, perkara tersebut tidak dilakukannya setiap hari tetapi hanya pada waktu yang istimewa sahaja.
“Melabur atau berbelanja untuk kawan-kawan adalah ‘love language’ saya dalam persahabatan
Saya gembira kalau dapat belikan sesuatu yang kawan-kawan inginkan tetapi bukan selalu.
“Mungkin pada acara yang istimewa seperti hari jadi mereka dan tidaklah berlaku setiap hari,” katanya kepada HibGlam selepas konsert separuh akhir Talk To My Manager 2 (TTMM2), semalam.
Dalam pada itu, dia juga percaya rezekinya akan bertambah sekiranya kerap berbelanja untuk rakan-rakannya.
Namun, anak kepada usahawan Datuk Deri Vida itu mendedahkan menolak sekiranya ada rakan-rakan yang mahu ‘belanja’ dirinya di restoran atau membeli-belah.
“Saya suka belanja makan kawan-kawan supaya dapat rezeki lebih.
Sejujurnya saya tak nak orang belanja sebab saya selalunya akan buat pesanan lima menu terus dan kasihan kepada orang yang nak bayar.
“Kalau kawan yang belanja, saya pula kasihan dengan diri sendiri sebab dapat ‘order’ satu menu saja,” katanya lagi.
Dalam masa sama, keikhlasan menjadi elemen penting diterapkannya dalam setiap hubungan persahabatannya.
Sebenarnya saya memang ikhlas berkawan dengan semua orang dan ramai yang nampak rasa sayang saya pada kawan-kawan.
“Namun, dalam persahabatan perlu ada limitasi atau had.
“Contohnya walaupun saya sayang dan berkawan dengan ikhlas tetapi saya tidak meletak 100 peratus kepercayaan pun.
Senang saja, kalau dia mempergunakan saya, memang akan terus buang terus orang itu tetapi saya ikhlaskan segala-galanya,” jelasnya.
Semalam, Cik B dan pengurusnya, Vida bersama empat peserta lain iaitu Azeva (Datuk A.Aida), Hussain (Jamilul Hayat), Anggrek (Adira Suhaimi) dan Kim Khairi (Safura) diumumkan berjaya melangkah ke final TTMM2 minggu depan.
Sebelum ini, Cik B dalam satu hantaran Threads mengakui tidak pernah berasa bimbang atau menyimpan prasangka terhadap mana-mana individu yang cuba berkawan atau mengambil kesempatan terhadapnya.
Baru-baru ini, dia juga dipuji ramai apabila membelikan anak penyanyi Ani Mayuni iaitu Viviana sebuah iPad yang berharga ribuan ringgit sebagai hadiah ulang tahun kelahiran. – HIBGLAM

Dalam kejadian ngeri di ruang udara Recreio dos Bandeirantes, barat Rio de Janeiro, semalam, kedua-dua pesawat dilaporkan berlanggar sebelum terhempas ke kawasan parkir syarikat pengedar kenderaan elektrik.
Impak perlanggaran mencetuskan kebakaran besar sehingga memusnahkan kira-kira 20 kenderaan, sekali gus meragut kesemua enam nyawa di lokasi kejadian.
“Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca perlanggaran di udara.
“Tiada mangsa terselamat dalam nahas ini dan semua disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Keadaan mayat yang melecur teruk menyukarkan proses pengecaman identiti,” menurut kenyataan pihak berkuasa.
Salah satu helikopter membawa lima individu termasuk Tree, 32, manakala sebuah lagi hanya dinaiki juruterbang.
Turut berada dalam pesawat sama ialah penerbit muzik Brazil, Lucas Brito Chaves, pengarah video Argentina, Lucas Vignale serta YouTuber Argentina, Gaspar Prim atau dikenali sebagai Gaspi.
Tree berada di Brazil sebagai sebahagian daripada jelajah dunia dan baru sahaja membuat persembahan di Sao Paulo pada 6 Jun lalu.
Mendiang aktif berkongsi aktiviti sepanjang berada di Brazil termasuk video bermain bola di kawasan kejiranan.
Lebih menyedihkan, persembahan seterusnya dijadual berlangsung di Lisbon pada 1 Julai depan.
Dilahirkan sebagai Oliver Tree Nickell pada 29 Jun 1993 di Santa Cruz, California, penyanyi eksentrik itu mula mencipta nama dalam dunia muzik sejak usia remaja.
Pada usia 17 tahun, dia menembusi arena EDM sebelum bekerjasama rapat dengan artis seperti Skrillex dan Zeds Dead selain mula mencipta muzik sejak remaja dan terus mengukuhkan nama dalam industri global.
Albumnya berjudul Ugly Is Beautiful yang dilancarkan pada 2020 berjaya meraih pengiktirafan emas malah ketika hayatnya berakhir, dia sedang bersiap untuk jelajah dunia merangkumi lebih 30 negara.
Tree dikenali dengan imej rambut ‘mangkuk’ serta persona unik di pentas, selain lagu hit Life Goes On, Miss You dan Alien Boy.
Dia turut memiliki lebih 11 juta pendengar bulanan di Spotify dengan jumlah penstriman lagu mencecah ratusan juta.
Selain muzik, Tree aktif mengarah video muzik sendiri dengan gaya dramatik dan eksentrik, malah pernah mencipta rekod dunia Guinness bagi skuter terbesar pada 2020. – HIBGLAM


PETALING JAYA: Pelakon Datin Atikah Suhaime sanggup mengetepikan ketakutannya terhadap permainan gelongsor air demi memenuhi keinginan anak perempuannya, Lyla Mulan Teh. Atikah atau Nur Atikah Mohd Suhaime, 35, mendedahkan dia sebenarnya mengalami trauma terhadap permainan ekstrem tersebut sejak zaman kanak-kanak lagi. “Trauma saya sejak kecil dan takut dengan gelongsor air. Sebab dahulu pernah nampak orang … Read more
The post Sanggup naik gelongsor air enam kali, Atikah Suhaime buang ketakutan demi Mulan appeared first on Utusan Malaysia.

![]()
KUALA LUMPUR – Penganjur konsert Hitman Solutions dan Rockqueen mengumumkan penukaran tarikh serta lokasi baharu untuk Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella Homecoming yang asalnya dijadualkan berlangsung pada 25 Julai di Stadium Batu Kawan Pulau Pinang.
Kini konsert tersebut akan dilangsungkan pada 22 Ogos bertempat di SPICE Arena Pulau Pinang iaitu lokasi sama Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota.
Menurut Ketua Projek Khas Hitman Solutions, Keeran D, perubahan tersebut dibuat selepas penelitian menyeluruh oleh pihak penganjur bersama pasukan produksi dan artis dengan matlamat untuk memberikan pengalaman konsert yang selesa.
“Pemilihan SPICE Arena adalah langkah terbaik untuk memperkukuhkan pengalaman penonton menerusi susun atur yang lebih dekat dengan pentas, sistem akustik yang lebih terkawal serta suasana persembahan yang lebih selesa.
“Selain itu, lokasi tertutup ini turut menawarkan perlindungan daripada sebarang ancaman cuaca yang tidak menentu seperti hujan atau ribut, di samping menyediakan kemudahan akses pengangkutan dan logistik yang lebih mesra pengunjung,” katanya di sidang media khas Santai Bersama Ella, di sini, hari ini.
Tambahnya lagi, keputusan untuk menukar lokasi turut didorong oleh maklum balas dan permintaan ramai yang mengharapkan kemeriahan dan pengalaman yang sama seperti Konsert Jilid Akhir lalu.
Biarpun penganjur pada asalnya berhasrat untuk mengekalkan tarikh yang sama, namun tiada kelapangan pada tarikh tersebut di SPICE Arena dan tarikh terpaksa dianjak ke 22 Ogos 2026.
Sementara itu bagi Ella sendiri, dia berlapang dada dengan penukaran tersebut dan lebih mementingkan kehendak dan keselesaan peminat.
“Sebenarnya perubahan ini adalah atas permintaan ramai juga. Mereka suka ‘vibes’ konsert Ella di Pulau Pinang dahulu. Lagi satu faktor cuaca pun memainkan peranan,” jelasnya.
Ella turut mengumumkan Datuk Ramli Sarip dan Ziana Zain sebagai penyanyi jemputan konsertnya kelak. Menurut Ella, dia teruja untuk beraksi bersama sifunya Ramli dan Ziana yang merupakan sahabat baiknya.
“Saya merupakan salah seorang peminat Ziana dan juga kami memang berkawan. Selalunya saya berduet dengan penyanyi lelaki, kali ini dengan ‘girlfriend’ pula,” ujarnya.
Setakat ini sudah 70 peratus tiket yang terjual dan kesemua pembeli tiket akan mendapat emel tentang perubahan tarikh dan lokasi hari ini dan diberi masa tujuh hari sekiranya mahu wang dikembalikan. – KOSMO! ONLINE
The post Konsert Ella di Pulau Pinang tukar lokasi, tarikh appeared first on Kosmo Digital.


PETALING JAYA: Penyanyi dan guru vokal, Shaffiq Erwin menegaskan bahawa satu-satunya kelemahan finalis program Talk To My Manager Musim 2, Anggrek hanyalah pada aspek vokal, manakala elemen persembahannya yang lain berada pada tahap yang terbaik. Shaffiq Erwin, 36, bekata, dia percaya kelemahan tersebut mampu diatasi sekiranya Anggrek terus konsisten menjalani kelas vokal dalam tempoh dua … Read more
The post Kelemahan Anggrek hanyalah pada vokal, aura dia buat orang terpukau – Shaffiq Erwin appeared first on Utusan Malaysia.

![]()
SHAH ALAM – Bergelar hajah, pelakon Datin Lisa Surihani berharap dapat memanfaatkan semua kebaikan dan kelebihan daripada ibadah rukun kelima Islam kepada kehidupannya ketika ini.
Katanya, masih terlalu awal untuk menilai sama ada kehidupannya ketika ini berubah selepas pulang dari Tanah Suci, Mekah.
“Kalau cakap tentang perbezaan hidup selepas tunaikan haji, pastilah saya mengharapkan sesuatu yang lebih baik.
“Mungkin ini baru permulaan dan yang diharapkan adalah kita dapat imarahkan manasik (tata cara, panduan dan segala rukun) haji ke dalam kehidupan harian kita.
“Sebenarnya dalam kehidupan harian ini, kita sebenarnya boleh membawa pulang segala yang dipelajari sepanjang melakukan tawaf, sa’i, wukuf di Arafah dan melontar di Mina.
“Buat masa sekarang, mungkin terlalu awal untuk kata yang hidup sudah berubah kerana saya masih ke arah tersebut,” katanya lagi.
Pelakon Dendam Orang Mati itu juga bersyukur impiannya untuk menunaikan rujun Islam kelima itu pada usia 40 tahun akhirnya terlaksana.
Menurut Lisa atau nama penuhnya Lisa Surihani Mohamed, hasrat tersebut sudah diimpikannya sejak tahun 2022 termasuk untuk menunaikan haji bersama suami tercinta, Datuk Yusry Abdul Halim.
“Bersyukur, ini semuanya berlaku dengan izin Allah SWT. Ini merupakan doa yang saya minta sangat-sangat sejak tahun 2022.
“Ketika itu saya berdoa dan minta Allah izinkan saya menunaikan haji pada umur aku 40 tahun bersama dengan suami. Namun, Allah tahu yang lebih baik untuk saya apabila suami tak dapat nak pergi.
“Walaupun keadaan itu mungkin kita rasa macam keadaan yang kurang menyenangkan, tetapi kita perlu bersangka baik walau macam mana pun,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui selepas konsert separuh akhir Talk To My Manager 2 (TTMM2) di sini, semalam.
Mengulas lanjut, dia sentiasa berlapang dada sepanjang menunaikan ibadah haji tanpa suami di sisi selain percaya pasti ada hikmah lain yang Tuhan sudah aturkan buatnya dan Yusry.
“Allah Maha Mengetahui dan mungkin ada baiknya yang abang (Yusry) tak pergi, contohnya mungkin untuk menjaga anak-anak.
“Namun, saya reda meski tidak dapat tunaikan haji dengan abang walaupun kita sudah ada perancangan tapi Dia yang Maha Menentukan.
“Jadi, saya beritahu pada abang, walau macam mana sekali pun, reda sebab Allah tahu yang terbaik,” katanya yang bersyukur tidak melalui insiden aneh sepanjang berada di Tanah Suci.
Terdahulu, Lisa pada 12 Jun lalu selamat pulang ke tanah air selepas sebulan berada di Tanah Suci Mekah bagi menunaikan haji musim ini.
Sebelum ini, Lisa berangkat ke Mekah untuk menunaikan rukun Islam kelima itu bersendirian tanpa ditemani suami.
Difahamkan, rayuan permohonan visa haji Yusry ditolak sekali gus tidak berpeluang menunaikan ibadah tersebut bersamanya. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Terlalu awal untuk kata yang hidup sudah berubah’ appeared first on Kosmo Digital.


PETALING JAYA: Sekian lama menanti, kumpulan Alpha, bakal mengadakan konsert sulung pertama iaitu The First Wave Concert yang dijadualkan berlangsung pada bulan September ini. Mewakili kumpulan itu, Araff berkata, mereka langsung tidak mengetahui tentang perancangan tersebut dan tidak diberikan sebarang bayangan awal oleh pihak pengurusan sebelum pengumuman rasmi dibuat semalam. “Tidak ada. Kami pun langsung … Read more
The post Alpha terima kejutan, konsert sulung pertama The First Wave September depan appeared first on Utusan Malaysia.


PETALING JAYA: Pertama kali mengarahkan filem sejarah berbahasa Melayu, The Keris, sutradara, Viknes Perrabu, menjadikan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan sebagai sumber inspirasi utama sepanjang pembikinan. Jelas Viknes, dia menonton naskhah Syamsul Yusof itu berulang kali bagi mencari formula agar dapat mencapai kejayaan seperti filem tersebut yang memperoleh kutipan RM97 juta. “Saya mengambil inspirasi daripada … Read more
The post Tonton Mat Kilau berulang kali sebelum arahkan The Keris – Pengarah appeared first on Utusan Malaysia.

PENYANYI Bella Astillah mengakui akan mula melakukan persiapan perkahwinan selepas keputusan kes mahkamah melibatkan tunangnya, Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq diketahui pada 30 Jun ini.
Mahkamah menetapkan tarikh itu sebagai hari penentuan keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 33, daripada tuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU.
“Persiapan kahwin? Tunggu selepas 30 Jun nanti baru saya fikirkan. Sekarang kami lebih fokus terhadap keputusan rayuan pembebasan YB Syed Saddiq. Jadi sama-sama kita doakan.
“Kita fokus mana yang perlu diutamakan terlebih dahulu. Biarlah semua kes mahkamah berakhir baru kita fikirkan tentang persiapan perkahwinan.
“Saya percaya ramai orang di luar sana yang mendoakan. Doa-doa kalian itu jauh lebih penting,” katanya ketika ditemui di Konsert Bintang Universe: The Dimension yang berlangsung di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, semalam.
Bella turut menyangkal dakwaan kononnya dia bakal melangsungkan perkahwinan pada tarikh 26 Jun ini.
“Tiada istilah nak kahwin ikut tarikh yang cantik. Seperti saya katakan, kita semua menunggu kes mahkamah Syed Saddiq selesai dulu,” jelasnya.
Terdahulu pada 25 Jun 2025, Mahkamah Rayuan melepas serta membebaskan Syed Saddiq selepas membenarkan rayuan beliau untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta yang diputuskan Mahkamah Tinggi pada 9 November 2023.
Sehari selepas itu, Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Untuk rekod, Bella dan Syed Saddiq mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu. – HIBGLAM