Auto Added by WPeMatico

![]()
KALAU sudah namanya aktor versatil, berilah watak apa pun kepada Azhan Rani, pasti menjadi.
Itu antara topik yang menjadi bualan hangat sejak drama Bulan Henti Bicara lakonannya bersama Ezzanie Jasny dan Azar Azmi ditayangkan menerusi slot Megadrama Astro bermula 27 Julai lalu.
Meski memegang watak antagonis bernama Jamali yang menganiaya dua isterinya (Ezzanie dan Azar), lakonan Azhan berjaya menarik orang ramai melekat di hadapan televisyen.
Antara babak tular, dia menyanyikan lagu Di Sana Menanti Di Sini Menunggu nyanyian asal kumpulan Ukay dan beberapa dialog melucukan.
Rata-rata terhibur dengan lakonan dan skrip Azhan sebagai lelaki jahat yang menghiburkan.
“Ingatkan akan benci atau menyampah, tapi jadi terhibur pula dengan perangai Jamali.
“Jahat tapi kelakar. Tengok drama ini sebab Azhan, sakit perut gelak,” kata netizen.
The post ‘Jahat tapi kelakar’ sakit perut layan Azhan Rani appeared first on Kosmo Digital.
