Auto Added by WPeMatico

![]()
JAKARTA – Seorang lelaki di Kepulauan Sula, wilayah Maluku Utara ditemukan mati di dalam perut seekor ular sawa, dipercayai ditelan reptilia sepanjang 7 meter itu semasa merentas hutan, lapor laman berita Detik.
Mangsa bernama Hasim Lumbessy dilaporkan pergi ke Desa Waisakai dari Desa Kobo sebelum tiga individu menemukan barang peribadinya bertaburan di atas jalan sekitar pukul 4 petang (waktu tempatan), baru-baru ini.
Ketua Polis Kepulauan Sula, AKBP Handres berkata, penemuan itu mendorong penduduk tempatan melakukan pencarian.
“Semasa mencari mangsa, warga setempat menemukan jejak ditinggalkan ular dan mengikuti laluannya sehingga membawa kepada penemuan tersebut.
“Penduduk kemudian menangkap dan membunuh ular sebelum membelah perutnya. Mereka terkejut apabila menemukan mayat Hasim,” kata Handres.
Menurutnya, mangsa diserang ular sawa sebelum dia ditelan sehingga meninggal dunia. – AGENSI
The post Mayat lelaki dalam perut ular gergasi 7 meter appeared first on Kosmo Digital.
