Auto Added by WPeMatico

![]()
ALOR SETAR – “Suami terima panggilan daripada anak ketiga mangsa yang memberitahu ibunya sudah tiada…ditikam. Menggigil kami semua.”
Demikian cerita Norsiah Yahya, 65, ibu tiri kepada Allahyarham Zahrullail Basir, 52, yang dibunuh kejam dengan kesan tikaman di bahagian perut, payudara dan pergelangan tangan dalam kejadian di rumahnya di Tanjung Bendahara, di sini hari ini.
Menurut Norsiah, dia sekeluarga mengetahui kejadian yang menimpa Zahrullail yang juga eksekutif bank selepas anak mangsa menghubungi suaminya, Basir Kosop pada pukul 9 pagi tadi.
Pasangan itu kemudian bergegas ke Alor Setar dari Teluk Intan, Perak.
“Saya dimaklumkan kejadian disedari oleh anak ketiga arwah yang cuba mengejutnya ketika mahu ke kolej.
“Mangsa tinggal bersama tiga anaknya yang berusia 18, 13 dan lapan tahun, manakala tiga lagi anak lain berusia 29, 28 dan 25 tahun menetap di luar. Kejadian ini amat kejam dan kami tidak menyangka ia terjadi kepada arwah,” katanya.
Allahyarham Zahrullail bakal melangsungkan pernikahan dengan pasangannya yang juga kawan lama berusia 57 tahun pada Jumaat ini.- KOSMO! ONLINE
The post ‘Ibu sudah tiada ditikam, kami menggigil’ appeared first on Kosmo Digital.
