Auto Added by WPeMatico

![]()
SEBERANG PERAI – Gangguan bekalan bahan api dilaporkan berlaku di beberapa stesen minyak di Pulau Pinang, dipercayai berpunca daripada kelewatan penghantaran bekalan.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang, S. Jegan berkata, perkara itu dimaklumkan dalam satu mesyuarat yang diadakan Jumaat lalu bersama semua jenama syarikat minyak utama.
“Syarikat minyak utama berkenaan memaklumkan berlaku sedikit gangguan bekalan susulan kelewatan ketibaan kapal berbanding jadual asal.
“Sehubungan itu, pihak terbabit sedang mengambil langkah sewajarnya bagi menangani isu berkenaan,” katanya di sini, malam tadi.
Beliau berkata, hasil mesyuarat sama turut mendapati stesen minyak jenama lain tidak mengalami sebarang masalah bekalan dan bahan api masih boleh diperoleh dengan mudah. -KOSMO! ONLINE
The post Gangguan petrol di Pulau Pinang akibat kapal lewat hantar bekalan appeared first on Kosmo Digital.
