
![]()
JELEBU: Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang, Datuk Seri Jalaluddin Alias tiba di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Putra, Simpang Durian di sini pada pukul 8.44 pagi.
Jalaluddin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan hadir bersama isteri, Datin Seri Maziah Mohd. Nor untuk menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.
Jalaluddin yang juga penyandang kerusi DUN Pertang dicabar calon Pakatan Harapan (PH), Mohd. Umry Abdul Khois dan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Mohd. Faizal Fadli Mohd. Idrus.
Pada PRN 2023, beliau memenangi kerusi Pertang dengan majoriti 2,790 undi selepas memperoleh 5,634 undi untuk menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Amiruddin Hassan yang meraih 2,844 undi.
Beliau pernah menyandang kerusi DUN Pertang dari 2013 hingga 2018 sebelum kembali bertanding dan memenangi semula kerusi berkenaan pada PRN 2023. – UTUSAN
The post PRN NS: Jalaluddin, isteri mengundi di SK Putra appeared first on Utusan Malaysia.

