
WASHINGTON – Seorang lelaki ditanduk seekor bison di Taman Negara Yellowstone, Amerika Syarikat semalam, selepas berada terlalu terlalu dekat dengan haiwan itu, lapor laman berita CBS News.
Menurut Perkhidmatan Taman Negara (NPS), insiden berlaku sekitar pukul 9.45 pagi (waktu tempatan) di Upper Geyser Basin di Old Faithful.
Lelaki dari Randolph, New Jersey itu ditanduk haiwan berkenaan selepas sekumpulan besar pelawat menghampirinya terlalu dekat.
Lelaki itu mengalami kecederaan ringan dan dirawat oleh kakitangan kecemasan.
Kejadian tersebut sedang disiasat. – AGENSI
The post Lelaki ditanduk bison di taman negara appeared first on Kosmo Digital.