
PRAGUE – Seorang wanita menerima kecaman orang ramai apabila dirakam menghina dan mengasari seorang pengadil hanya kerana pasukan hoki anaknya dikenakan penalti, apor laman berita Oddity Central.
Kejadian berlaku semasa perlawanan antara pasukan United Selects dan Ice Mammoths di Prague, Republik Czech awal bulan ini.
Rakaman video di media sosial menunjukkan wanita terbabit memasuki gelanggang ais sebelum memarahi pengadil berhubung jumlah penalti yang dikenakan terhadap pasukan anaknya.
Situasi bertambah tegang apabila dia menolak pengadil tersebut dan menunjukkan isyarat jari tengah sebelum dibawa keluar dari gelanggang.
Klip video itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Terbaik, sekarang anak anda tidak dapat main hoki dalam liga ini,” kata seorang netizen.
“Kesian budak itu, dia tidak akan lupa peristiwa ini,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
The post Ibu marah tunjuk jari tengah pada pengadil appeared first on Kosmo Digital.