
The post ‘Baru tahu, tak sangka Didie Alias ibu saudara Sir Uzairi’ appeared first on HibGlam.
The post ‘Baru tahu, tak sangka Didie Alias ibu saudara Sir Uzairi’ appeared first on HibGlam.
Menari ‘over’, Aisha Retno hanya ikut tren TikTok
DIKECAM kerana dikatakan menari secara berlebihan, penyanyi Aisha Retno menjelaskan bahawa tarian tersebut dilakukan bagi mengikuti tren TikTok yang sedang tular.
Malah, Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 25, memaklumkan keterujaan melancarkan album terbaharu berjudul Re.Hab merupakan punca dia tidak menyedari melakukan aksi berlebihan dalam video terbabit.
“Sebenarnya ramai yang belum lihat trend asal video tarian itu.
“Saya hanya buat ikut trend dalam media sosial.
“Mungkin juga disebabkan saya sedang gembira ketika itu, memandangkan video itu dirakam ketika acara listening party album, jadi saya buat saja,” katanya keada HibGlam ketika dihubungi.
Pada masa sama, pelantun lagu Sutera itu memohon maaf atas kekhilafan dan akan memperbaiki diri pada masa akan datang.
“Apa pun, saya hargai teguran orang ramai dan memohon maaf kalau buat mereka kurang selesa.
“Apa-apa yang kurang dari diri saya, insya-Allah saya akan perbetulkan untuk masa hadapan,” jelasnya.
Berkongsi mengenai Re.Hab, Aisha memaklumkan itu merupakan album studio pertamanya yang memuatkan lima lagu pelbagai genre.
“Lagu-lagu ini sedikit-sebanyak ada yang bersangkut paut dengan perasaan yang saya pernah lalui sendiri. Lagu O.R.B.I.T misalnya, adalah tentang rasa kita bermimpi ketika mencintai seseorang.
“Lagu Lengkapilah Kita (Missing Peace) pula, tajuknya sudah jelas menggambarkan rasa dalam hati ramai orang kerana sudah tentu kita mahu hidup berpasangan dan melengkapi antara satu sama lain.
“Lagu Titik Temu pula menceritakan tentang rasa tertanya-tanya sama ada masih mungkin kita bertemu dengan orang yang sama atau orang yang baharu untuk menjalin cinta,” jelasnya lagi.
Sebelum ini, penampilan Aisha dalam video TikTok bersama rakan penyanyi, Vanessa Reynauld r mengundang perasaan kurang senang dalam kalangan peminat.
Ramai yang kurang senang dengan tarian Aisha yang dianggap berlebihan berbanding Vanessa. – HIBGLAM
TERUK dikecam gara-gara menari ikut trend, Aisha Retno tampil memohon maaf kepada mereka yang tidak selesa melihat perlakuannya.
The post ‘Menari ikut trend TikTok, saya mohon maaf’ appeared first on HibGlam.
MENANGKIS dakwaan ‘beli’ gelaran, pelakon Uqasha Senrose menegaskan darjah kebesaran yang membawa gelaran datuk diterima adik iparnya, Hafez Halimi adalah atas sumbangan dalam sektor pembangunan dan hartanah.
Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nik Sen, 33, berkata, suami kepada adiknya juga pelakon, Nelydia Senrose itu sememangnya layak berada dalam senarai penerima darjah kebesaran tersebut.
“Yang dapat gelaran datuk adalah suami dia (Nelydia) dan automatik dia dapat datin. Jadi, apabila saya baca ada yang cakap datuk dibeli dan sebagainya, bagi saya suami dia layak sebab memang usahawan.
“Adik ipar saya juga merupakan kerabat Terengganu selain banyak terbabit dalam projek perumahan serta pembangunan hartanah.
“Atas dasar sumbangan itulah darjah kebesaran diberi. Kalau kata dia beli datuk sudah lama rasanya dapat,” katanya selepas tayangan perdana filem Munajjim: Sekutu Iblis, malam tadi.
Menurut Uqasha, sebagai kakak pastinya dia tumpang gembira dan berbangga atas pengiktirafan yang diperoleh adik ipar serta adiknya itu.
“Ya, saya bangga dia jadi datin,” ujarnya.
Sabtu lalu, Nelydia menerima banyak ucapan tahniah apabila suaminya dianugerahkan darjah kebesaran yang membawa gelaran datuk sempena Hari Keputeraan Ke-66 Sultan Pahang di Istana Abdul Aziz, Kuantan.
Pada awalnya berita terbabit dikongsi seorang jurusolek sebelum Nelydia sendiri mengulang siar hantaran berkenaan.
Mengenai filem Munajjim: Sekutu Iblis pula, Uqasha membawakan watak isteri kepada Ayden lakonan Farid Kamil iaitu Zara yang berdepan gangguan akibat ketaksuban suami dan mentua terhadap bomoh.
Kata isteri kepada pelakon Kamal Adli itu, naskhah genre seram terbabit merupakan penampilan pertama selepas lebih setahun bercuti berikutan melahirkan anak sulungnya, Hawra Uqaira.
“Waktu itu anak saya sudah mencecah umur enam bulan, jadi saya terima tawaran tersebut apatah lagi skripnya bagus ditambah gandingan mantap seperti Farid Kamil, Che Puan Juliana Evans, Mustaqim Bahadon dan Sherrie Merlis.
“Cuma ada rasa segan sedikit kerana pada waktu itu saya masih dalam fasa mendapatkan bentuk badan asal, tetapi bersyukur penerbit dan pengarah tetap beri kepercayaan penuh,” katanya.
Munajjim: Sekutu Iblis arahan Faizul A Rashid dijadualkan menemui penonton bermula 31 Julai ini. – HIBGLAM
The post Bukan beli, suami Nelydia layak bergelar datuk – Uqasha appeared first on HibGlam.
PELAKON Aiman Hakim Ridza menegaskan tiada keperluan menyelitkan babak intim dalam mana-mana naskhah.
Menurut Aiman atau nama penuhnya Aiman Hakim Ridza Abdoh, 36, penonton zaman sekarang semakin bijak menghadam apa sahaja babak dan jalan cerita tanpa perlu dipertontonkan adegan sebegitu.
Saya rasa babak intim dalam mana-mana naskhah sebenarnya tidak perlu pun terutama di negara asia.
“Kalau di Hollywood pun sebenarnya tak perlu.
“Saya rasa bila angkat kain dan tunjuk kaki pun, orang dah faham apa benda yang nak jadi,” katanya ketika ditemui di set penggambaran drama Bad Cop, baru-baru ini.
Mengulas mengenai tindakan pelakon, Whulandry Herman meminta izin dan memaklumkan kepada isterinya, Zahirah MacWilson sebelum melakonkan babak romantis dalam Bad Cop, Aiman menerimanya dengan hati terbuka.
“Kalau Whulan rasa apa yang dilakukan itu baik untuknya, saya okey. Di set penggambaran juga kami profesional.
Ya ada babak romantis tetapi masih ada batasan. Tiada babak terlalu intim pun antara saya dengan Whulan dalam drama ini, cuma untuk kesinambungan bagi plot cerita,” katanya lagi.
Dalam masa sama, dia bersyukur memiliki keluarga terutama isteri yang sangat memahami selain berpendapat komunikasi perkara paling penting dalam hubungan rumah tangag.
“Alhamdulillah saya ada keluarga yang sangat hebat.
“Komunikasi sangat penting termasuk tentang kerja.
Bagi saya, dia bukan hanya sekadar isteri tetapi juga kawan baik yang juga individu saya selesa untuk berkongsi apa sahaja,” ujarnya.
Sebelum ini, Whulan memberitahu dia meminta izin daripada Zahirah sebelum menjalani penggambaran bersama Aiman untuk drama bersiri terbaharu, Bad Cop.
Katanya, perkara tersebut dilakukan sebelum menjayakan beberapa adegan mesra bersama Aiman untuk drama berkenaan. – HIBGLAM
The post ‘Selak kain, nampak kaki, orang tahu apa berlaku selepas itu’ appeared first on HibGlam.
KECOH isu pelakon badan berbau, aktor senior Faizal Hussein menyifatkan perkara tersebut sebagai satu perkara biasa dalam kehidupan anak seni yang seharian berkampung di set penggambaran.
Memilih bersikap profesional dan menjaga aib sesama rakan industri, Faizal atau nama sebenarnya Mohd Faizal Hussein, 58, mengakui sudah banyak kali berdepan situasi sama namun enggan menjadikannya isu besar apatah lagi dihebahkan dalam media sosial.
“Kalau ada pelakon badan berbau, tak kira lelaki atau perempuan, takkan ada siapa pun tahu. Walaupun saya sendiri pernah melaluinya.
Bahkan, saya rasa pengalaman saya berdepan situasi begini jauh lebih banyak berbanding pelakon yang bersuara itu. Tapi benda-benda macam ni takkan saya bawa ke media sosial.
“Benda itu saya simpan sendiri. Saya jenis orang, kalau tak suka seseorang, orang tu tak akan tahu. Hadap dan hadam sahaja. Mungkin sebab itu juga bayaran saya mahal,” katanya kepada HibGlam.
Menegaskan bau badan bukan satu dosa besar, pelakon drama Bidaah itu menyifatkan isu terbabit tidak sepatutnya dijadikan bahan perbualan umum memandangkan setiap manusia tidak terlepas daripada kekurangan.
Kalau pergi solat Jumaat pun, macam-macam bau kita boleh hidu. Kita puasa pun mulut dah berbau. Bau kasturi, kata orang. Jadi benda tu normal.
“Jadi bagi saya, sebagai orang dewasa, apa sahaja pandangan atau ketidakselesaan, simpan sahajalah untuk diri sendiri. Tak semua perkara kena beritahu satu dunia,” ujarnya.
Bagi Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) Anugerah Skrin 2019 itu, sikap membesar-besarkan perkara remeh hanya akan membuka ruang terhadap publisiti murahan yang tidak membantu kelangsungan karier seni untuk jangka masa panjang.
Zaman sekarang, orang dah terbiasa dengan konsep ‘good or bad publicity tetap publicity’. Tapi mereka tak fikir pun yang hidup dengan cara begitu tak akan panjangkan karier mereka.
“Mereka hanya fikir untuk tempoh sekejap. Kalau nak bertahan lama, kena jaga imej. Jangan sampai penonton muak. Itu prinsip saya dalam industri ini,” tegasnya pada Melodi Terhangat Superstar Tour, di sini, baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, Faizal turut tercalon dalam senarai Top 10 kategori Selebriti Maskulin Terhangat untuk Anugerah Melodi Terhangat.
Antara nama lain yang turut bersaing termasuk Datuk Rosyam Noor, Datuk Adi Putra, Datuk Remy Ishak, MK K-Clique, Syafiq Kyle, Zamarul Hisham, Sharnaaz Ahmad, Redza Rosli dan Fattah Amin.
Terdahulu, isu bau badan pelakon ketika penggambaran dibangkitkan Harissa Adlynn apabila bergandingan dengan individu yang didakwa tidak menjaga kebersihan diri, sehingga menyebabkan ketidakselesaan di lokasi penggambarab – HIBGLAM
The post ‘Badan berbau bukan dosa besar, tak perlu heboh satu dunia’ appeared first on HibGlam.
BERADA di ruang berbeza, pelakon Farid Kamil mengakui dia dan bekas isterinya, Diana Danielle tidak lagi berkomunikasi sejak tahun lalu iaitu beberapa bulan sebelum bercerai sehingga kini.
Farid atau nama lengkapnya Farid Kamil Zahari, 44, berkata, sebarang perkara membabitkan anak mereka disalurkan terus kepada kedua-duanya, Muhammad dan Nur Aurora.
“Kami tidak berhubung sudah hampir setahun. Mungkin kerana kami kini berada di dunia dan ruang masa yang berbeza.
“Apa pun kami fokus kepada membesarkan anak-anak dengan baik dan itu adalah matlamat yang sedang kami lakukan sekarang.
“Komunikasi pun bukan macam dulu. Muhammad dan Nur Aurora ada telefon bimbit, apa sahaja perkara disalur menerusi mereka, jadi tiada ‘breakdown communication’,” katanya ketika ditemui selepas tayangan filem barunya, Munajjim: Sekutu Iblis, malam tadi.
Ditanya sama ada sudah ‘move on’ atau berlapang dada selepas kembali menduda, aktor juga pengarah itu memaklumkan semakin tenang meniti kehidupan.
“Saya akui sudah semakin tenang dan bahagia selepas berikan fokus terhadap diri sendiri. Lagipun sudah hampir setahun dah (kemelut).
“Apa yang boleh saya katakan juga adalah kita kena ‘move forward’ iaitu jalani hidup dengan terus memandang ke hadapan.
Anak saya pun sudah sama tinggi dengan produser, David Teo. Perubahan masa sekarang lebih pantas dan ‘no turning back’ (tidak berpatah balik),” ujarnya.
Pada masa sama Farid lebih selesa untuk tidak mengulas perkongsian Diana berkenaan fasa selepas perceraian ketika ditemu bual dalam sebuah program audio siar.
Menerusi video tular tersebut, pelakon Imaginur itu mendedahkan perceraian bukan momen paling menyakitkan sebaliknya kehilangan sahabat baik dalam perkahwinan itu lebih melukakan.
“Saya tak tahu nak komen apa tapi saya ada lagu. ‘Telah aku cuba untuk berikan bunga’. Itu saja,” luahnya sarat makna tersirat.
Terdahulu Farid dan Diana, atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson, 33, mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan Muhammad, 12, serta Nur Aurora, 10.
Mereka pernah bercerai kali pertama secara Google Meet pada 10 Ogos 2023, kemudian kembali rujuk sebulan selepas itu.
Namun jodoh mereka tidak panjang apabila akhirnya disahkan bercerai talak satu buat kali kedua pada 24 Mac lalu. – HIBGLAM
The post ‘Setahun tidak berkomunikasi, kami di dunia berbeza’ appeared first on HibGlam.
SELEPAS tiga hari terbaring lemah diserang demam panas, pelakon Ruhainies akhirnya kembali pulih dan mampu meraikan ulang tahun kelahiran ke-33 dengan penuh makna.
Ujar Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, dia dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara selepas kesihatannya merosot secara mendadak.
Saya dikejarkan ke hospital selepas tiga hari demam panas. Syukur, selepas menerima suntikan steroid dan beberapa jenis ubat, keadaan saya kembali stabil.
“Alhamdulillah, saya dijaga jururawat serta doktor pakar yang sangat berdedikasi. Mereka buat saya rasa tenang dan terjamin sepanjang berada di sana,” katanya menerusi satu hantaran Instagram Story.
Tambah pelakon drama Hikayat Pak Belalang itu, pengalaman tersebut mengajarnya untuk lebih menghargai nikmat kesihatan, apatah lagi berlaku hanya beberapa hari sebelum ulang tahun kelahirannya.
Malah dia turut menitipkan pesanan kepada orang ramai agar sentiasa peka terhadap kesihatan diri serta mengutamakan gaya hidup sihat.
“Jangan ambil mudah kalau badan mula beri petanda. Dengar cakap tubuh anda
Minum air secukupnya, rehat dan sayangilah diri. Kesihatan itu satu kekayaan,” ujarnya.
Enggan terus meratapi kesakitan, Ruhainies tetap mengukir senyuman apabila diraikan insan tersayang di sebuah restoran mewah, lengkap dengan kek, jambangan bunga dan seutas rantai istimewa.
Tahun berganti, nikmat terus mengalir. Syukur atas kasih sayang dan dikelilingi keluarga tercinta, sahabat sejati dan lingkaran insan berhati emas.
“Terima kasih ya Allah, atas segalanya. Alhamdulillah, sentiasa,” tulisnya beserta video sedang memotong kek
Rata-rata netizen turut memuji semangat Ruhainies yang tetap kelihatan ceria dan gigih menyambut hari jadi meskipun baru sahaja keluar hospital.
“Bukan calang-calang. Baru sihat terus sambut hari jadi. Memang strong girl!” komen seorang pengikut.
“Meletup keluar hospital terus sambut hari lahir, definisi gigih. Apapun moga panjang umur Ruhainies” tulis seorang lagi netizen.
“Moga terus sihat dan makin bersinar dalam karier. Happy birthday, queen Ruhainies!” kata seorang peminat
Untuk rekod, Ruhainies menyambut ulang tahun kelahiran ke-33 pada 27 Julai lalu namun baru berpeluang meraikannya semalam. – HIBGLAM
The post Bertuah Ruhainies, keluar hospital terus rai hari jadi appeared first on HibGlam.
“BALIK rumah dan cermin diri. Layak ke duduk dalam industri?”
Itu antara kata-kata tajam dilemparkan seorang artis lelaki kepada penyanyi Shiha Zikir sehingga membuatkan dirinya diserang panik dan hampir hilang keyakinan diri.
Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, 37, berkata, insiden itu berlaku ketika kariernya baru bertapak, namun cukup mengguris hati memandangkan individu terbabit merupakan artis senior yang sangat dikaguminya.
Ada seorang artis lelaki telefon saya. Katanya saya tak layak berada dalam industri. Saya terus panik dan sangat terkesan.
“Saya memang kagum dan menginspirasikannya. Saya terkejut dia buat macam itu.
“Saya hanya memberi reaksi biasa sahaja. Saya pernah berjumpa dengannya dan dia yang malu sendiri,” katanya dalam sebuah program audio siar.
Tambah pelantun lagu Renjana itu, kejadian tersebut membuatkan dirinya menjadi lebih selektif dalam memilih rakan-rakan artis, apatah lagi selepas beberapa kali dikhianati.
“Saya tak ramai kawan artis sebab pernah alami situasi depan lain, belakang lain. Depan sangat baik, tapi belakang hentam.
Pernah juga satu ketika, saya duduk semeja dengan seorang artis, dia bangun dan cakap dia menyampah dengan budak baharu. Saya diam je. Tapi lepas beberapa tahun, dia pula datang cari saya tanya pasal kerja.
“Saya tak suka masuk campur. Kalau ada benda negatif, saya lebih suka menjauh. Saya tak nak energi saya terganggu,” luahnya.
Pendedahan berani Shiha menarik perhatian ramai netizen yang rata-rata memuji sikapnya yang tetap profesional dan tidak membalas dengan cara sama.
“Shiha memang low profile, tapi selalu bagi 100 peratus bila bekerja. Tak hairan kalau masih bertahan, apa punya perangai artis senior nak perlekehkan orang,” komen seorang netizen.
Artis begini kita patut sokong. Tak suka drama, tak suka gaduh, cuma buat kerja dia je,” ujar peminat.
“Kalau bukan sebab bakat, takkan dia boleh kekal lama. Haters akan tetap cari salah dan faham betapa sakitnya berdepan hinaan daripada orang yang kita sendiri kagumi,” tambah seorang pengguna media sosial.
Shiha kini aktif dengan pelbagai undangan persembahan dan kekal relevan sebagai penyanyi versatil serta figura seni yang tidak pernah bergantung pada populariti semata. – HIBGLAM
The post Diperlekeh artis senior, Shiha Zikir kena serangan panik appeared first on HibGlam.
TEKA-TEKI terjawab, rumah tangga penyanyi Hafiz Suip akhirnya bernoktah apabila dia mengesahkan sudah bercerai talak satu dengan bekas isteri, Nureffy Jasreel Abdullah di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 29 Mei lalu.
Menurut Hafiz atau Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 35, perpisahan tersebut berlaku disebabkan tiada lagi persefahaman antara mereka namun menegaskan hubungannya dengan bekas isteri kekal baik.
Menjawab status, saya sudah bercerai talak satu pada 29 Mei lalu. Hak penjagaan anak-anak milik bekas isteri.
“Saya rasa individu yang paling layak untuk mengambil penjagaan anak-anak adalah ibu. Kalau kita nak lawan fasal hak ini sampai bila pun tak akan habis, lebih baik berdamai sahaja,” katanya kepada HibGlam pada majlis sesi ramah mesra bersama media di Bienz KL, semalam.
Dia juga menegaskan berusaha untuk enggan merumitkan keadaan atau merosakkan hubungan dengan bekas isteri berkaitan isu penjagaan anak-anaknya.
“Ya Allah, tipu kalau saya tidak ingat atau fikirkan tentang anak. Memang sentiasa nak hubungi tetapi mereka juga perlu bersekolah dan ada jadual sendiri.
Sekarang saya dan bekas isteri masih dalam proses perbincangan tentang urusan anak-anak termasuk perancangan sebulan sekali saya mungkin akan ke Kuala Lumpur berjumpa dengan mereka.
“Saya tak mahu menimbulkan sebarang isu. Cukuplah turun naik mahkamah tempoh hari untuk urusan penceraian. Penat,” katanya yang kini menetap di Kuching, Sarawak.
Meski rumah tangga yang dibina musnah, dia bagaimanapun reda berdepan setiap ujian yang memberinya pengajaran terbesar dalam hidup.
Saya tidak menyesal dengan semua yang berlaku dan anggap semua ini pengajaran serta pengalaman. Saya doakan yang terbaik untuk bekas isteri.
“Perceraian ini juga satu takdir, kita hanya perlu jalani kehidupan seterusnya. Jangan saling menyalahkan kerana hati tidak akan rasa tenang.
“Dalam Islam juga ajar kalau nak rasa tenang, perlu berdamai dengan takdir. Nasihat saya kalau nak kahwin, kena fikir masak-masak dan bersikap matang,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, dia bakal muncul dengan konsert solo pertamanya, Di Sebalik Aku: Hafiz Suip yang bakal berlangsung di MegaStar Arena pada 1 November depan.
Tiket konsert anjuran SAH Entertainment itu boleh mula dibeli hari ini menerusi laman web Ticketmelon.
Harga tiket konsert tersebut bermula dengan harga RM188 bagi kategori Matahari, RM288 (Ku Akui), RM388 (Ombak Rindu), RM488 (Takdir Tercipta), RM588 (Awan Nano) dan RM788 (Bahagiamu Deritaku).
Terdahulu, Hafiz mendirikan rumah tangga dengan Nureffy pada 14 Mei 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 8, dan Muhamamd Alkaf Zayne, 5 tahun. – HIBGLAM
The post Dah bercerai talak satu 29 Mei lalu – Hafiz Suip appeared first on HibGlam.
SENTIASA diulit kesibukan memenuhi jadual persembahan, berkejar ke lokasi penggambaran atau kempen produk, penyanyi seberang Bunga Citra Lestari atau BCL tetap mencuri waktu menikmati masa buat diri sendiri.
Ketenangan emosi tetap diutamakan penghibur popular itu dengan melakukan aktiviti disukai terutama memasak juadah enak buat seisi keluarga dan kenalan rapat.
Katanya, menu hasil air tangan yang selalu disediakan adalah rendang dan kek coklat, selain makanan barat kegemaran anak tunggalnya, Noah Aidan Sinclair iaitu aneka pasta.
Memasak bagi saya merupakan ‘healing’, kian jadi terapi. Bila kita masak untuk orang yang kita sayang dan lihat mereka menikmati makanan itu, rasa puas dan bahagia itu datang sendiri.
“Kalau hari raya, saya masak rendang satu periuk besar umpama kenduri. Kek coklat pula saya adun beberapa bekas agar semua dapat rasa. Mereka suka, saya bahagia.
“Kalau untuk menu harian, tentu sahaja pasta kesukaan Noah. Semua ini ‘healing’ buat saya,” katanya selepas pelancaran konsert BCL: Eternal Love – Timeless Romance, baru-baru ini.
Menangis tonton K-drama
Tampil segar dan ramah seperti selalu, selebriti jelita yang menginjak usia 42 tahun pada Mac lalu mengakui menonton drama Korea Selatan atau K-drama juga disifatkan sebagai terapi.
Konsert istimewa BCL bakal berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 27 September depan.
“Saya suka menonton K-drama kerana alur ceritanya yang sarat plot dan emosi walaupun habis tisu sekotak tiap episod,” ujarnya sambil tertawa.
Mengakui kedatangan ke Kuala Lumpur juga ibarat serampang dua mata, BCL yang ditemani suaminya, Tiko Aryawardhana, 40, serta Noah turut mengambil peluang mengunjungi keluarga teman hidupnya, Allahyarham Ashraf Sinclair yang pergi buat selama-lamanya pada 2020.
Katanya, hubungan baik mereka terus kekal sehingga hari ini biarpun selepas pemergian Ashraf lebih lima tahun lalu.
Bahkan, mentuanya turut menerima kehadiran suami baharunya yang dikahwini pada 2023.
“Kami sentiasa berhubung antara satu sama lain. Bagi saya, ketika menjalin hubungan dengan Ashraf dahulu saya bukan hanya mencintai Ashraf malah keluarganya. Mereka sangat baik dan sentiasa menyokong saya serta menerima Tiko sebagai sebahagian daripada keluarga kami.
Saya sangat bersyukur kerana ini sesuatu yang indah. Bukan semua orang berpeluang merasakannya. Hubungan ini dibina sejak awal dengan penuh pengertian, saling hormat dan kematangan.
“Tiada rasa cemburu atau iri hati. Yang ada hanyalah bagaimana kami boleh saling memberi dan menyokong antara satu sama lain,” ungkapnya dalam nada ceria.
Idolakan Jaclyn Victor
Mengenai konsert yang bakal berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 27 September depan, dia mengakui sengaja memilih gelanggang itu demi lebih intimasi dengan peminat.
Akuinya, persembahannya nanti digarap dengan lebih intim bagi memberi ruang kepada penceritaan emosi yang mendalam menerusi rangkaian lagu pilihannya.
MEMASAK dan menonton K-drama merupakan terapi buat BCL bagi menghilangkan lelah bekerja. – ISKANDAR ISHAK
Menurutnya, konsert kali ini tidak hanya mahu menghiburkan, sebaliknya menjadi ruang untuk menyampaikan pelbagai cerita hidupnya dari fasa kehilangan dan kesedihan kepada keberanian untuk bangkit serta menghargai cinta dalam pelbagai bentuk.
“Banyak hal yang masih ingin saya sampaikan melalui lagu. Gaya nyanyian saya memang berbentuk penceritaan dan akan lebih meninggalkan kesan dalam suasana yang dekat dengan penonton.
Paling utama bukan sekadar persembahan hebat, malah konsert ini nanti dapat menjadi sesuatu yang dikenang khalayak kerana pengisian bermakna,” katanya.
Tambahnya, persembahan mega anjuran Pulse Project Asia itu turut menampilkan pemain biola elektrik dan penerbit muzik tersohor, Dennis Lau selain penyanyi idolanya, Jaclyn Victor sebagai artis jemputan.
Menurut BCL lagi, kolaborasi bersama dua nama besar dalam arena muzik itu sebagai simbol perpaduan seni antara Indonesia dan Malaysia.
“Saya menonton video Dennis main biola untuk lagu 12 Tahun Terindah yang sangat menyentuh perasaan dan mengagumkan.
“Pada masa sama saya juga peminat Jaclyn sejak zaman Malaysian Idol. Bagi saya, dia antara vokalis terbaik Asia dan saya sangat berbangga dapat berkolaborasi dengannya.
“Pastinya, bakal ada kejutan tetapi belum boleh didedahkan kerana saya ingin semua peminat yang menyokong saya sejak dulu sama-sama hadir September nanti,” katanya.
Harga tiket konsert bermula dari RM288 untuk harga normal dan pra-jualan adalah RM259, yang boleh didapati secara dalam talian melalui Ticket2u.com.my.
The post Jaclyn Victor antara penyanyi terbaik Asia – BCL appeared first on HibGlam.