Auto Added by WPeMatico

SEREMBAN – Seorang tukang masak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh dengan menikam seorang duda di Taman Seri Pagi, Senawang di sini pada 11 Ogos lalu.
Tiada pengakuan direkodkan oleh tertuduh, Zulazren Zakariah, 31, yang mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli
Mengikut pertuduhan, tertuduh telah mencapai niat dengan menikam dada dan menyebabkan kematian Muhammad Amirul Rashid Mohd. Niza berusia 28 tahun. Kesalahan itu dilakukan lebih kurang pukul 6.50 petang di sebuah rumah di Taman Sri Pagi, Senawang di sini pada 11 Ogos lalu.
Pihak pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nur ‘Aqilah Syarfa Nik Zaidi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 17 Oktober depan bagi laporan kimia, asid deoksiribonukleik (DNA) dan bedah siasat serta tiada jaminan ditawarkan.
Sebelum ini media melaporkan, pada 11 Ogos lalu seorang duda maut ditikam dalam kejadian di pekarangan rumah keluarganya di Taman Seri Pagi, Senawang di sini dipercayai berpunca daripada perselisihan faham.
Pihak polis menerima panggilan telefon daripada orang awam berhubung kejadian itu pada pukul 6.50 petang yang mana mangsa berusia 28 tahun telah ditikam oleh seorang suspek lelaki berusia 31 tahun.
Hasil siasatan polis mendapati mangsa mengenali isteri suspek dan mereka dikatakan mempunyai hubungan sulit. – KOSMO! ONLINE
The post Tukang masak tidak mengaku bunuh duda appeared first on Kosmo Digital.