Auto Added by WPeMatico

![]()
LONDON – Seorang wanita di Exeter, England terkejut apabila menemukan objek menyerupai lintah bulan di dalam kotak susu yang diberi minum kepada dua anaknya selama tiga hari, lapor akhbar The Sun UK kelmarin.
Beth Rees, 24, menuang susu yang dibeli dari pasar raya Tesco ke dalam kuali untuk memasak sarapan apabila dia melihat objek berwarna coklat kekuningan.
Gumpalan itu kelihatan seperti lintah bulan yang gemuk dan kembung selain diliputi lendir tebal.
Beth memberitahu laman berita DevonLive: “Secara peribadi, saya fikir objek itu adalah lintah bulan tetapi saya rasa warnanya pelik. Disebabkan objek itu berada di dalam susu, haiwan itu menjadi gemuk dan kembung.”
Tambah Rees, dia berasa marah bukan kerana bersikap cerewet tetapi disebabkan anak-anaknya minum susu tercemar itu selama beberapa hari.
Sementara itu, seorang jurucakap Tesco dalam kenyataan kepada The Sun UK berkata: “Dalam situasi seperti ini, kami sentiasa meminta pelanggan memulangkan produk untuk mendapatkan bayaran balik penuh supaya pasukan kami dapat menyiasat sepenuhnya aduan mereka.” – AGENSI
The post 3 hari minum susu, baru sedar ada lintah bulan appeared first on Kosmo Digital.