Auto Added by WPeMatico

Setiap hari, susu menjadi sebahagian daripada rutin pemakanan kebanyakan keluarga di Malaysia.
Ia dinikmati ketika sarapan, waktu minum petang, sebelum tidur atau sebagai pelengkap kepada keperluan harian.
Namun, di sebalik segelas susu yang dinikmati, terdapat pelbagai faktor yang menentukan kualiti dan kesegarannya.
Ia bukan hanya bergantung kepada rasa, jenama atau harga sesebuah produk semata-mata.
Tetapi, turut dipengaruhi oleh kandungan terutama penggunaan satu sumber ramuan iaitu 100 peratus susu lembu segar.
Ini bermaksud susu tersebut diperbuat sepenuhnya daripada susu lembu segar tanpa bahan pengawet, gula atau ramuan tambahan.
Namun, perjalanan menghasilkan susu berkualiti tidak terhenti pada ramuan sahaja kerana sumber dan pemilihan baka lembu turut memainkan peranan penting.
Susu yang diperoleh daripada sumber tempatan membantu memastikan proses pengeluaran lebih dekat dengan pengguna, selain menyokong perkembangan industri tenusu tempatan.
Antara baka yang banyak digunakan dalam industri tenusu ialah lembu Holstein.
Baka ini terkenal dengan keupayaan menghasilkan susu dalam kuantiti tinggi dan menjadi pilihan penternak di seluruh dunia.

Gabungan ciri tersebut menjadikan jenama Magnolia 100% Fresh Milk pilihan keluarga yang mengutamakan kesegaran dan kualiti dalam setiap gelas.
Istimewanya, ia turut menggunakan teknologi pasteurisasi eksklusif yang memanaskan susu selama hanya 0.09 saat.
Melalui teknologi tersebut, susu diproses dalam tempoh singkat bagi membantu mengekalkan kesegaran, nutrien dan tekstur berkrim.
Ia sekali gus memberikan pengalaman menikmati susu segar yang lebih berkualiti kepada pengguna.
Komitmen terhadap kualiti, ketelusan dan kecemerlangan industri tenusu tempatan menjadikan Magnolia 100% Fresh Milk pilihan untuk seisi keluarga.
Menariknya, pelbagai tawaran eksklusif menanti pengguna menerusi pembelian di platform Shopee dan Lazada.
Ikuti promosi terkini untuk lebih banyak penjimatan.

The post Di sebalik segelas susu segar berkualiti appeared first on Utusan Malaysia.


