Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Pas berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM15 juta bagi membina kompleks parti itu berhampiran Putrajaya.
Bendahari Pas Pusat, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, sumbangan itu berjaya dikumpulkan dalam tempoh 13 bulan.
“Saya mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan ketika saya mempengerusikan jawatankuasa pembangunan kompleks tersebut,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.
Terdahulu, Iskandar menjelaskan, beliau bukan lagi pengerusi jawatankuasa yang menguruskan pembinaan kompleks tersebut sejak September tahun lalu.
Jelas beliau, selepas Muktamar Pas berlangsung, Pas Pusat telah menukar pengerusi jawatankuasa tersebut kepada Ir. Haslin Hassan.
“Ada yang bertanya kepada saya tentang kemajuan projek Kompleks Pas yang bakal dibina berhampiran Putrajaya. Saya mohon maaf tidak dapat menjawab soalan itu.
“Mari kita memberi sokongan kepada beliau (Haslin) dan jawatankuasa beliau serta mendoakan kejayaan projek,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Projek pembinaan Kompleks Pas terima sumbangan RM15 juta appeared first on Kosmo Digital.