Auto Added by WPeMatico

![]()
KLUANG – Seorang pelajar kolej lelaki berusia 19 tahun direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang bayi perempuan yang ditemukan dengan kesan tikaman di dalam mangkuk tandas sebuah rumah sewa di Taman Setia Mutiara di sini semalam.
Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Kluang pagi tadi bagi tempoh bermula hari ini hingga 5 Ogos depan.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, suspek ditahan bagi membantu siasatan selepas dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian tragis itu.
Menurut beliau, wanita berusia 19 tahun yang dipercayai melahirkan bayi tersebut masih menerima rawatan di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang selepas turut melahirkan seorang lagi bayi ketika mendapatkan rawatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh serta Seksyen 315 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan yang dilakukan dengan niat menghalang anak daripada dilahirkan hidup atau menyebabkan kematiannya selepas dilahirkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE
The post Buang bayi: Pelajar kolej direman tujuh hari bantu siasatan appeared first on Kosmo Digital.
