Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki tidak mengambil bayaran sewa rumah bagi bulan ini daripadanya penyewanya mendapat pujian orang ramai.
Menerusi perkongsian di Thread, lelaki tersebut berkata, dia berbuat demikian susulan penyewanya meminta untuk membayar sewa secara ansuran bagi bulan ini kerana perlu berbelanja banyak untuk persediaan sekolah anak-anak.
“Penyewa ini dah tiga tahun jaga rumah saya, baru kali ni dia minta begini. kita permudahkan urusannya, semoga doa beliau diangkat ke atas.
“Pada ibu bapa di luar sana, saya doakan awak semua kuat dan tabah dipermudahkan segalanya,” katanya.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna memuji tindakan lelaki tersebut.
“Baiknya hati awak, sedih saya baca. Semoga doa-doa awak pun Allah kabulkan, insya-Allah banyak pahala bersedekah. Semoga rezeki awak laju macam air terjun dan tak putus-putus macam air zamzam, amin,” kata Nor Sabariah.
“Tuan rumah dari syurga.. Semoga dipermudah segala urusan tuan rumah dan penyewa..dan Moga Allah lipatkan gandakqn lagi rezeki tuan rumah,” kata Nydyhnr.
“Besar maknanya bagi penyewa itu, dalam berkira-kira keperluan yang mendesak Encik permudahkan urusan beliau,” kata Ketpro. – KOSMO! ONLINE
The post Tuan rumah prihatin ‘halalkan’ sewa sebulan demi anak sekolah appeared first on Kosmo Digital.