Auto Added by WPeMatico

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes menikam seorang wanita dan peniaga telefon bimbit hingga mati di Taman Nona, Guar Cempedak, Yan, Khamis lalu disambung reman enam hari lagi.
Ketua Polis Daerah Yan, Superintendan Mohamad Harmizi Abdullah berkata,proses sambung reman itu dibuat selepas kes dirujuk kepada Majistret Nur Fazlina Musa di Mahkamah Majistret di sini apabila tempoh reman lelaki berumur 29 tahun itu tamat hari ini.
“Polis mendapat perintah sambung reman terhadap individu bermula esok 19 September hingga 24 September depan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Peguam mewakili suspek,Abdul Hayyi Salim turut hadir semasa proses permohonan reman itu berlangsung,” katanya.
Sebelum ini akhbar melaporkan seorang lelaki dan wanita ditemui maut dengan beberapa kesan tikaman pada badan di Taman Nona, Guar Cempedak malam Khamis lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 malam itu,mangsa lelaki dijumpai dalam keadaan terlangkup diatas jalan di hadapan sebuah rumah di situ manakala mangsa wanita dalam sebuah kereta jenis Proton Wira
Jarak lokasi mangsa lelaki ditemui dengan kereta adalah kira-kira tujuh meter.
Kedua-dua mangsa berusia 30 dan 28 tahun itu yang menaiki kereta Proton Wira dikatakan diserang seorang lelaki yang mempunyai kaitan dengan mangsa wanita menggunakan senjata tajam.- KOSMO! ONLINE
The post Suspek kes bunuh lelaki dan wanita disambung reman appeared first on Kosmo Digital.