Auto Added by WPeMatico

MELAKA – Seorang lelaki warga Pakistan diberkas selepas disyaki mencabul seorang penuntut wanita sebuah universiti di Jalan Ayer Keroh Lama di sini, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi ketika mangsa yang berusia 21 tahun sedang berjalan kaki dari kediamannya di Bukit Beruang, menuju ke pusat pengajian tersebut untuk menghadiri kelas.
“Ketika melalui kawasan tangga berdekatan medan selera Ixora, mangsa bertembung dengan seorang lelaki yang berjalan dari arah bertentangan dan semasa memberi laluan, suspek tiba-tiba memeluk dan mencium pipi mangsa.
“Mangsa yang terkejut cuba melarikan diri, namun berlaku pergelutan yang menyebabkan kecederaan pada bahagian lengan dan mangsa tampil membuat laporan polis,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Christopher berkata, hasil tindakan susulan, suspek berjaya ditahan oleh orang awam di belakang sebuah restoran di Bukit Beruang, Kira-kira pukul 1 pagi, semalam, sebelum diserahkan kepada pihak polis.
“Suspek berusia 31 tahun bekerja sebagai pembantu kedai makan dan tinggal di kawasan Bukit Beruang. Siasatan juga mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau melibatkan kesalahan dengan Jabatan Imigresen,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
The post Pelajar wanita ‘disentuh’ warga asing ketika ke kelas appeared first on Kosmo Digital.