Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Projek pembinaan Jalan dan Jambatan Sungai Air Tawar yang menghubungkan Selangor dan Perak mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya mencapai satu juta Bekerja Selamat Tanpa Kecederaan, sekali gus mencerminkan komitmen tinggi terhadap budaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor, Muhammad Nizam Ali berkata, pencapaian itu bukan sekadar angka, tetapi hasil daripada usaha berterusan semua pihak dalam memastikan persekitaran kerja yang selamat dan sihat.
“Setiap jam tanpa insiden bukan kebetulan, tetapi hasil perancangan sistematik, pemantauan berterusan dan komitmen semua pihak daripada pengurusan hingga ke pekerja di lapangan,” katanya pada majlis sambutan pencapaian tersebut bersempena sambutan Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja yang disambut setiap 28 April, baru-baru ini.
Sambutan Hari Sedunia ini telah diperkenalkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) sejak tahun 2003 dan disambut di seluruh dunia setiap 28 April. Ia bertujuan untuk menekankan pencegahan kemalangan dan penyakit pekerjaan melalui kekuatan tripartite iaitu kerajaan, majikan, dan pekerja, serta dialog sosial yang berterusan.
Muhammad Nizam menerangkan, sehingga Mac 2026, sebanyak tujuh kes kematian berkaitan pekerjaan telah dilaporkan di Selangor, dengan lima daripadanya melibatkan sektor pembinaan.
Selain itu, sebanyak 16 kes hilang upaya kekal (HUK), 524 kes tidak hilang upaya kekal (THUK), 36 kejadian berbahaya serta 576 kes penyakit pekerjaan turut direkodkan.
Menurutnya, statistik tersebut menunjukkan sektor pembinaan masih berisiko tinggi dan memerlukan komitmen berterusan semua pihak dalam memperkukuh budaya pencegahan serta pematuhan terhadap standard keselamatan. -KOSMO! ONLINE
The post Tiada rekod kecederaan pekerja bagi projek bina jalan, jambatan Sungai Air Tawar appeared first on Kosmo Digital.
