Auto Added by WPeMatico

![]()
SEREMBAN: Barisan Nasional (BN) mendahului di tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah, Sungai Lui dan Palong berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat ini.
Di DUN Chennah, BN mendahului dengan memperoleh 20 undi berbanding Pakatan Harapan (PH) yang meraih tujuh undi, sekali gus mencatat majoriti sementara 13 undi selepas keputusan satu daripada 31 saluran diperoleh.
Di DUN Sungai Lui, BN mendahului dengan memperoleh 168 undi, diikuti PH dengan enam undi dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) (3), sekali gus mencatat majoriti sementara 162 undi selepas keputusan satu daripada 38 saluran diperoleh.
Di DUN Palong, BN mendahului dengan memperoleh 316 undi, diikuti PH (31) dan Bersatu (5), sekali gus mencatat majoriti sementara 285 undi selepas keputusan satu daripada 45 saluran diperoleh. – UTUSAN
The post Anthony Loke ketinggalan di Chennah appeared first on Utusan Malaysia.





