Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA: Syarikat tempatan berjaya mencipta kejayaan tersendiri apabila menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi rekod pembinaan kondominium terpantas.
Pengiktirafan itu dicapai selepas KAEN Properties berjaya menyiapkan sebuah unit kondominium di Kensho Residence, Taman Desa sehingga mencapai tahap sedia disewa hanya dalam tempoh tiga hari selepas kelulusan kerja diperoleh.
Pengasas KAEN Properties, Kason Khoo berkata, pencapaian tersebut membuktikan keupayaan pasukan KAEN Properties dalam menyelaras proses penyediaan unit secara sistematik menerusi perancangan awal, koordinasi kerja yang cekap serta pengurusan projek yang lebih tersusun.
“Keupayaan menyediakan unit dalam tempoh singkat bukan sahaja memberi nilai tambah kepada pemilik hartanah, malah membantu mempercepatkan proses menjana pendapatan sewaan.
“Pencapaian ini mencerminkan kekuatan sistem kerja kami yang memberi tumpuan kepada kecekapan, perancangan dan penyampaian perkhidmatan berkualiti kepada pelabur hartanah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam perancangan masa depan, Khoo berkata, pihaknya menyasarkan untuk memperkukuh sistem pengurusan pelaburan hartanah selain memperluaskan perkhidmatan pengurusan hartanah ke beberapa bandar pelaburan utama termasuk Johor.
Jelasnya, syarikat itu akan terus mempergiat usaha pendidikan pasaran bagi meningkatkan kefahaman pelabur bahawa kejayaan dalam pelaburan hartanah bukan hanya bergantung kepada pemilihan lokasi dan pembelian aset.
“Pengurusan hartanah pelaburan yang sistematik, penyediaan unit yang bersesuaian serta pengurusan penyewa secara profesional turut memainkan peranan penting dalam mengurangkan tempoh kekosongan, mengekalkan kadar penghunian dan melindungi pulangan sewaan untuk tempoh jangka Panjang,” ujarnya.
Pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records itu sekali gus mengukuhkan komitmen KAEN Properties dalam memperkenalkan pendekatan lebih tersusun terhadap pengurusan hartanah pelaburan di Malaysia. – UTUSAN
The post Syarikat tempatan catat rekod MBOR, bina kondominium dalam tiga hari appeared first on Utusan Malaysia.
